Sunday, April 1, 2012

Sultan Johor Hadiri Majlis Malam Johor Di Hatiku

01.04.2012, Ahad - Malam tadi Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar dan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenana berangkat mencemar duli menghadiri Majlis Malam Johor Di Hatiku anjuran Persatuan Anak Melayu Johor Wilayah Persekutuan dan Selangor. Majlis diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Program ini diadakan bertujuan menghimpunkan anak Johor dari pelbagai peringkat termasuk ahli kabinet, penjawat awam, ahli politik, ahli perniagaan, ahli persatuan dan orang perseorangan. Ianya juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara Raja dan Rakyat Johor serta mengisi tabung kebajikan Persatuan Anak Melayu Johor yang akan digunakan bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Tema majlis pada malam semalam adalah "Muafakat itu Berkat". Turut hadiri dalam majlis ini adalah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Baru Syah teringat entry Syah pada 25.03.2012 lepas mengenai pelukis yang melukis gambar baginda berdua yang ditempah oleh Persatuan Anak Melayu Johor itu rupanya untuk majlis ini. sila klick http://tengkusyah.blogspot.com/2012/03/terjumpa-pelukis-melukis-portrait.html. Dengarnya harga meja untuk 10 orang dijual dengan harga RM1,500.00 ataupun RM150.00 seorang manakala artis yang menghiburkan mereka adalah Amy Search, Elia Lia, Puteri Gambus Asnida dan Pemain biola Asiah.

Sumber :- Bernama/My News Hub

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.