07.04.2012, Sabtu - Hari ini Skuadron Istiadat Berkuda Kor Amor Diraja sedang melakukan raptai dihadapan Istana Negara sempena pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11.04.2012 nanti. Istiada Pertabalan kali ini begitu unik sekali kerana buat pertama kalinya giliran Ketua Negara Malaysia jatuh kepada individu yang sama.
Kali pertama Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-5 pada 23.07.1970 untuk tempoh lima tahun ketika usia baginda pada waktu itu 42 tahun. Sekarang Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam usia 84 tahun. Cuma pada tahun 1970 Raja Permaisuri Agong adalah Almarhumah Tuanku Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Pada kali ini permaisuri baginda Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon pula akan ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong ke-14.
Sumber :- Gambar dari Bernama.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.