19.04.2012, Khamis - Pameran Raja Kita bermula pada 15 April hingga 15 Jun 2012 selama dua bulan di Istana Negara Lama atau Muzium Diraja. Pameran dijalankan di Balairong Seri Istana Negara Lama ini dibuka mulai jam 09:00hrs hingga jam 17:00hrs dan masuk adalah percuma. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah merasmikan pameran ini pada Ahad lepas bersamaan 15.04.2012 dan ianya mula dibuka kepada orang ramai mulai 16.04.2012.
Pameran ini diadakan sebagai salah satu langkah memperkenal dan merapatkan lagi hubungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon dengan rakyat jelata. Pameran ini juga turut memaparkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Konsep Raja Berpelembagaan yang mempunyi kuasa, fungsi dan ciri-ciri istemewa yang tersendiri.
Objektif Pameran adalah untuk :-
- Menjelaskan peranan dan kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berpelembagaan dalam sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen yang diamalkan di negara ini.
- Memperkenalkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong kepada rakyat jelata sempena perlantikan baginda pada 13 Disember 2011.
- Memperkukuh semangat cinta akan negara dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan kerajaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
- Memaparkan kepentingan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berpelembagaan sebagai tonggak kepada kedaulatan, kesejahteraan, kemakmuran, keharmonian dan pembangunan negara.
- Mempertahan kegemilangan dan kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Agong yang diamalkan di negara ini.
Sebelum ini pameran seumpamanya selalu diadakan di Muzium Negara tetapi memandangkan Istana Negara yang baru sudah mula diduduki, maka Istana Negara Lama ini digunakan untuk Pameran Raja Kita pada kali ini. Inilah peluang keemasan untuk anda semua menjejakkan kaki ke Istana Negara dan melihat sendiri dari dekat barang-barang yang dipamirkan yang mana ianya tidak akan kita lihat lagi selepas ini.
Sumber :- Maharum Bugis Syah/Jabatan Muzium Negara / Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.