15.04.2012, Ahad - Assalamualaikum dan Selamat pagi kepada semua. Apa khabar hari ini, Syah berharap anda dan keluarga berada dalam keadaan yang memuaskan dan menghabiskan cuti hari minggu bersama keluarga dan insan tersayang dengan aktiviti yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara kalian. Shukran, Pagi nie cuaca nampak cerah dengan cahaya matahari mula memancarkan sinarnya berbanding semalam yang agak mendung dan hujan sekejap-sekejap dari pagi sampai malam. Semalam Mr Allan datang gantikan motor auto gate Syah dan kebetulan jiran baru sebelah rumah tu Subra datang bawa kontraktor untuk buat sebutharga renovation rumahnya nanti, tak tahu bila dia hendak start. Awal pagi semalam Syah kemas ruang tamu dan mop. Petangnya Syah ke Pekan Rawang makan Laksa di gerai tepi jalan di Bt.18 dan hujan lebat masa Syah makan tu. Sebelum balik Syah singgah Mydin beli Jacob's Low Salt Wheat Crackers satu tin dan Tropicana Twister with Orange dua botol.
Pagi tadi Syah bangun lewat sedikit dan rasa letih. Plan hendak jalan-jalan KL hari nie. Mungkin jam 10:00hrs nanti Syah keluar. Jap lagi nak mandikan sket AEL dan Syah tengah panaskan enjin dia kat luar tu dan jemur sekejap pakaian yang dicuci semalam yang tak kering lagi kerana cuaca tak menentu. Oklah yer semua ................ Syah update blog malam nanti yek? dan sehingga kita berjumpa lagi dilain Entry. Senyum Selalu dan Be Happy semuaaaaaaaaaaaaaa ...................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.