18.04.2012, Rabu - Esok tanggal 19.04.2012 merupakan hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduk Seri Sultan Perak yang ke-84. Sekarang ini dilaporkan khemah-khemah sudah dinaikkan sekitar premis Masjid Ubudiah untuk Majlis Kesyukuran Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan ke-84 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang akan diadakan pada malam esok. Majlis akan dimulai dengan keberangkatan tiba DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada jam 19:20hrs diiringi oleh Menteri Besar Perak Darul Ridzuan YAB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. Baginda akan bersama-sama Solat Maghrib berjemaah bersama para hadirin lainnya.
Selepas Solat Maghrib, Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat akan diadakan sebelum baginda dan para jemaah lainnya mengerjakan Solat Insyak berjemaah. Kemudiannya akan diadakan pula Majlis Santapan/Jamuan Makan sebelum keberangkatan pulang baginda. Turut serta dijadualkan hadir dalam majlis ini nanti adalah Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan Duli Yang Amat Mulia Raja Jaafar bin Raja Muda Musa.
Walau bagaimanapun semua acara sambutan sempena Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang dijadualkan mulai 19 April 2012 akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Istana Perak ekoran kemangkatan anakanda Tuanku Azlan pada 30 Mac lepas, Allahyarham Raja Dato' Seri Ashman Shah yang merupakan Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan.
Sumber :- Raja Mariam Mohd / Istana Iskandariah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.