06.04.2012, Jumaat - Hari ini anggota kumpulan Nobat Diraja Kedah mengadakan raptai sebagai persiapan untuk Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke-14 pada tanggal 14 April ini. Raptai diadakan di Balai Rongseri Istana Negara. Kelihatan Ketua Nobat Diraja Kedah, En Mohd Nazri Omar yang berusia 50 tahun sedang berdiri bagi memastikan raptai berkenaan berjalan dengan lancar.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.