22.04.2012, Ahad - Adinda kepada Emir Qatar, His Excellency Sheikh Abdulaziz Al Thani dijadualkan melawat ke negara ini atas urusan peribadi dan perniagaan bermula hari ini 22 April hingga 26 April 2012. Beliau dijangka tiba hari ini melalui KLIA pada jam 16:00hrs dan akan menginap di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur. Turut mengiringi beliau adalah Presiden My Reach Sdn Bhd, Sheikh Khaled Al Shangiti dari Arab Saudi yang juga merupakan saudara jauh beliau. Semasa di Malaysia, Sheikh Abdulaziz dijadualkan akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta melakukan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas di Seri Mutiara pada Rabu ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.