02.03.2012, Jumaat - Malam ini Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin dan Isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni telah menghadiri Majlis Akad Nikah dan Merenjis sempena Perkahwinan anak kedua mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ahmad Bahrom Abu Bakar Titingan. Pasangan pengantin, Danial Anis Marzuki dan Farah Putrinegara Ahmad Bahrom telah diijab kabulkan oleh Imam Daerah Tawau, Imam Abdul Rahman Ibrahim malam ini. Turut serta dalam majlis ini adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.