Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
28.12.1957 - 30.03.2012
YTM Dato' Seri Noraini Jane bersama Anak-Anaknya sewaktu istiadat penghormatan terakhir di Istana Iskandariah semalam.
31.03.2012, Sabtu - Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Yang Maha Esa dan kita sebagai hambanya perlu menerima dengan hati yang terbuka. Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Yang Teramat Mulia Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Zaman atas kemangkatan suami tercinta Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 30.03.2012 pada jam 01:30hrs akibat Asma ketika mengetuai zikir secara berkumpulan dikediman Almarhum. Syah berharap agar YTM Dato' Seri tabah menghadapi dugaan ini. Semuga anak-anak Almarhum dapat meneruskan Legasi Almarhum dalam menegakkan syiar Islam.
Jenazah Almarhum Kelihatan Tenang
Al-Fatihah
Semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN.
Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ.
( رواه مسلم )
Maksudnya :- "Apabila matinya sesorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah Jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.