19.03.2012, Isnin - Hari ini Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Alhaj telah merasmikan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor ke-12. Kelihatan Tuanku Sharafuddin sedang menerima titah ucapan baginda daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Diantara titah baginda :=
- Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan Tanah Riazab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu
- Kawasan-kawasan kepentingan umum seperti hutan simpan, kawasan tadahan air, rizab sungai dan sebagainya mesti dipertahankan, pencerobohan mesti dibenteras dan kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk projek-projek pembangunan dikawasan tersebut.
- Kegiatan dalam dua bidang ini (pendidikan dan ekonomi) adalah benteng sebenar mempertahankan akidah dan maruah umat Islam.
- Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam ini tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan atau memingirkan rakyat Beta yang lain. Malah kemajuan umat Islam selaku golongan majoriti dinegara ini mampu memberikan kesan positif kepada negeri dan rakyat.
- Pembukaan bandar-bandar baru tanpa aktiviti ekonomi yang cergas dan peluang pekerjaan berkualiti hanya menyebabkan rumah dan bangunan yang dibina terbiar tanpa penghuni.
- Ia bermakna, apabila pembangunan berkembang ke daerah-daerah luar bandar, anak-anak muda tidak perlu lagi mencari pekerjaan dibandar. Keadaan ini dapat mengelakkan tekanan terhadap habitat bandar, kos kehidupan, sistem pengangkutan dan prasarana bandar yang lain.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.