13.03.2012, Selasa - Hari nie uncle yang bawa bas ke Pekan Rawang cuti dua hari, walau bagaimanapun pemandu gantian sampai macam biasa dan on the way ke KTM dari jauh lagi Syah nampak sudah ada komuter tetapi bas masuk Pekan Rawang dahulu dan dalam hati kata sempatlah Syah naik komuter kerana jam sudah hampir keangka 07:00hrs. Sampai jer KTM terus berlari masuk stesyen dan dapat masuk train. Tapi mula-mula nak masuk terlanggar orang sebab Syah perasan itu coach perempuan dan keluar semula. Hari nie Syah naik Train SCS atau Six-Car-Set yang baru diperkenalkan tu. Actually kita boleh masuk coach perempuan dan kemudian kita terus jalan kedalam untuk ke coach campur kerana SCS nie macam LRT ada laluan terbuka dan tak macam komuter yang ada pintu memisahkan antara gerabak. SCS ini boleh membawa 1,100 penumpang dalam satu-satu masa berbanding komuter biasa 400 penumpang sahaja.
Pertama kali Syah ketempat kerja naik komuter semenjak beberapa tahun kebelakangan nie Syah tak dengar maki hamun passenger yang terhimpit dan tersepit tak bagi orang lain masuk kerana gerabak sudah penuh pagi ini. Bagus juga idea kerajaan memperkenalkan SCS nie untuk kemudahan rakyat mentelah menaik tarafkan sistem pengangkutan negara yang menuju era negara maju menjelang 2020 nanti. Memang selesa SCS ini dan sepatutnya ianya digunakan pada waktu peak hours pagi dan petang. Diharap KTM akan menepati masa mengikut jadual yang ditetapkan dan bukannya selalu delay seperti biasa kerana tak perlu train cantik dan selesa jika perkhidmatannya menghampakan. Hopefully ianya tak jadi indah khabar dari rupa.
Walau bagaimanapun terima kasih diucapkan kepada KTM kerana memberi keselesan kepada kami semua sebagai penumpang setia yang menggunakan perkhidmatan anda setiap hari. Hari nie my boss, Dek Nor tak datang kerja kerana tak sihat, biasalan morning sickness dah ada 2nd baby on the way. Pagi nie Syah dan Kak Rose ke TM Convention Center kerana ada 1st quarter account closing briefing dan terjumpa Nik Nuramalina dan dia yang baru berkahwin tahun lepas tupun rupa-rupanya sedang kena "buatan orang" .............. Heheheeh Tahniah Dik Nor dan Nik, semuga kalian dapat baby yang comel dan menjadi kebangaan bangsa dan negara satu hari nanti. Amin.
Oklah Syah nak sambung tugas semula, sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.