03.03.2012, Sabtu - Pagi tadi semasa Syah tengah terkial-kial betulkan AEL kerana Azrin parking kedalam sangat dan tanah kat tepi tu lembut dan Syah takut tayar tu terbenam nanti, tiba-tiba Syah nampak kereta Myvi warna hitam dan kata siaplah perempuan nie bawa slow dan macam berhenti pulak kat rumah Syah. Bila Syah pandang rupa-rupanya member lama Syah Kak Salki Mohd Dali atau lebih mesra Syah panggil Kak Sal. Kak Sal dah transfer ke Terengganu kerana mengikut suaminya tetapi akhir tahu lepas suaminya posting ke Kuala Lumpur semula dan di stranded kat Terengganu kerana bosnya hendakkan pengganti sebelum dia boleh tukar ke KL semula.
Esok malam baru dia balik ke Terengganu sebab Terengganu cuti umum sempena ulangtahun pemerintahan Sultan Terengganu. Kak Sal belikan Syah nasi lemak dan Syah inform tak makan sebab sedang berdiet. Syah buatkan Kak Sal air teh serta madu lebah dan dia makan meehon goreng yang dibelinya on the way ke Rawang Residence Syah tadi. Sembang-sembang sekejap dengan Kak Sal dan lepas tu dia minta izin untuk balik kerana hendak hantar pakaian suaminya untuk didobi. Selepas Kak Sal Balik Syah kemaskan bahagian depan rumah dan sempat tengok rumah jiran yang sedang buat renovation. Lepas tu baru Syah breakfast dengan cereal. Lunch tadi Syah buat sup sayur dan teh.
Terima kasih Kak Sal kerana sudi menjengok Syah di Rawang Residence nie dan Syah doakan agar Kak Sal sentiasa sihat dan sembuh dari sebarang penyakit serta dapat bertukar semula ke Kuala Lumpur dalam waktu terdekat ini untuk bersama-sama suami dan anak-anaknya. Sekarangam sudah jam 15:46hrs dan hari kejap hujan kejab berhenti. Ok lah yer semua ...... Sehingga berjumpa lagi dilain Entry ..................... Byeeeeeeeee
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.