10.03.2012, Sabtu - Hari ini Syah kerja untuk menguruskan Petty Cash Recoupment yang perlu disegerakan kerana banyak lagi yang pending untuk dibuat bayaran dan jika boleh nak clearkan semuanya sebelum closing nie pada 21.03.2012. Jam 08:45hrs tadi Syah dah ada kat office dan masa nak naik komuter tadi termengah-mengah berlari kerana komuter dah ada dilandasan dan bila tiba depan pintu, pintu tertutup kerana komuter dah nak jalan. Frustrated sangat rasanya tetapi bila Syah tekan butang emergency kat pintu tu, tak lama kemudian pintu terbuka dan lega dapat masuk. Kebetulan hari nie member Syah, Zainul Putra atau kami panggil Zain dan isterinya Anisah buat Majlis Resepsi Perkahwinan adik perempuannya Erni Baizura dan pasangannya Hassanal Hazimie di Multipurpose Hall, Menara TM dekat our surau tu. So jam 13:00hrs tadi Syah turun sekejap untuk menghadiri majlis ini.
Hampir jam 14:00hrs mempelaipun sampai dan sempatlah Syah ambil gambar-gambar pasangan "Raja Sehari" nie. Adiknya bertugas di TM juga manakala suaminya Navy tak silap Syah. Sempatlah jumpa my colleague Kak Laili dan Kak Rose dimajlis nie dan Syah duduk semeja dengan mereka. Majlis dimulai dengan perarakan masuk mempelai ke dewan dengan paluan kompang diikuti persembahan silat. Kemudiannya pengantin berarak ke pelamin diiringi pengapit dan flower girls. Setelah pengantin duduk di singahsana "Raja Sehari", bacaan doa berkumandang diudara diikuti oleh ucapan daripada Zain. Selepas itu kedengaran puisi yang dicipta oleh Zain untuk adiknya dibacakan oleh MC.
Yang paling sedih dan terharu adalah presentation mengenai pengantin dimana kami dimaklumkan ibubapa Zain meninggal dunia ketika mereka masih kecil dan ibu mereka meninggal ketika pengantin perempuan berusia empat tahun. Pada masa itu Zain berada dalam delima dan terpaksa membuat keputusan berhenti belajar serta bekerja untuk menyara kehidupan adik-adiknya yang masih kecil dan terpaksa hidup susah. Sekarang semuanya sudah berlalu dan akhirnya Zain berjaya membesarkan kesemua adik-adiknya, menyambung semula pelajarannya, dia sendiri telah berkahwin dan mempunyai dua putera dan seorang puteri, dan kini menjadi seorang Eksekutif di TM.
Syah doakan agar Ernibaizura dan Hasanal Hazimie dipanjangkan jodoh hingga akhir hayat dan diberikan cahayamata yang menjadi kebangaan bangsa dan negara satu hari nanti. Marilah kita jadikan komitment yang ditunjukkan oleh Zain ini untuk menjaga adik-adiknya sehingga mereka berjaya dalam hidup sebagai salah satu benchmarking terbaik dalam membentuk keluarga kita dan bukannya mementingkan diri sendiri seperti kes seorang anak meninggalkan ibunya yang sedang uzur dirumah tumpangan di Johor baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.