10.02.2012, Jumaat - Hari ini Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir hari ini menerima mengadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Besar Seri Menanti, Bandar Diraja Seri Menanti, Negeri Sembilan. Turut mengiringi Perdana Menteri adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hassan. Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Negeri Sembilan dalam rangka lawatan sehari ke negeri berkenaan. Datuk Seri Najib Tun Razak mengadap baginda lebih kurang jam 08:45hrs dan berada hampir satu jam di Istana berkenaan dan sebelum beredar diadakan jamuan minum pagi dan sesi bergambar bersama Tuanku Muhriz dan Tunku Aishah Rohani.
Turut serta adalah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus DYMM Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud, Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Isteri Menteri Besar Negeri Sembilan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.