01.02.2012, Rabu - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mencemar duli menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah di Istana Malawati, Putrajaya. Turut berangkat mengiringi baginda adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri.
Dalam istiadat ini baginda bertitah agar semangat perpaduan diantara kaum diperkukuhkan lagi bagi memastikan kemakmuran dan keamanan sediada dapat dikekalkan. Baginda juga menzahirkan rasa sukacita baginda terhadap pembangunan Kuala Lumpur yang begitu pesat dan berada dilandasan yang tepat bagi menuju kearah pencapaian status bandaraya bertaraf dunia dan menjadi antara 20 bandaraya paling sesuai untuk didiami. Baginda juga berharap agar Wilayah Persekutuan Labuan akan terus berkembang menjadi hab halal bagi produk berasaskan keluaran laut dan hab logistik bagi minyak dan gas disamping menjadi distinasi pelancungan bertafraf dunia. Bagi Putrajaya pula, baginda berasa gembira kerana Putrajaya telah mengorak langkah menuju matlamat menjadi bandaraya yang mampan dan makmur demi kesejahteraan penduduknya.
Sempena sambutan Hari Persekutuan 2012 hari ini, baginda telah berkenan menyampaikan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan kepada 279 penerima.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.