15.02.2012, Rabu - Jika semalam bas sampai awal ke Rawang Residence tetapi pagi nie bas tak sampai-sampai walaupun dah jam 06:40hrs. Jadi Syah dan beberapa penumpang lainnya naik bas sekolah yang biasa benarkan kami naik dengan kadar bayaran RM1.00. Shukur Alhamdulillah ada alternatif lain untuk ke Pekan Rawang jika tak menapak lah selama sejam baru sampai ke KTM Rawang. Yang bestnya bas sekolah nie hantar kami sampai Pekan Rawang. Sampai jer ada komuter jam 07:00hrs belum jalan lagi tetapi pintu dah tutup. Syah berkejar masuk stesyen dan cuba tekan butang buka kad pintu komuter tu tapi tak terbuka dan sejurus kemudian komuter tu jalan. Alahaiiiiiiii ...penat Syah berlari tadi dan terpakasa tunggu next train jam 07:15hrs yang akan bergerak agak lewat sedikit kerana beri laluan kepada ETS Ipoh-KL.
Biasanya komuter jam 07:15hrs nie penuh kerana dia dari next station dan jika kita cepat-cepat masuk mungkin dapat duduk. Kebiasaannya Syah dapat duduk tetapi pagi nie nasib tak baik sebab ada passenger lelaki depan Syah tu masukkomuter macam semut dan orang lain yang masuk dulu dan mengisi kekosongan tersebut. Syah masuk kedalam sedikit ada nampak satu seat kosong tetapi belum sampai ada peumpang wanita masuk dan terus duduk. Akhirnya sampai KL Sentral Syah berdiri. Berdiri dalam public transport nie perkara biasa kepada semua orang kecuali jika that person tu jenis mengada lainlah ceritanya.
Apa-apapun Syah sampai office before jam 08:30hrs dan shukur alhamdulillah dapat masuk kerja dalam jangkamasa yang ditentukan. Since monday my boss, Dik Nor Emergency Leave coz baby girl Aisya nya yang comel tu tak sihat. Baby Aisya, Baby Aisya, uncle doakan agar baby Aisya cepat sembuh yer. Oklah Syah nak sambung tugas nie dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry ........... Selamat bertugas semua.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.