Tuesday, February 14, 2012

Jubli Intan Pemerintahan baginda Queen Elizabeth II


14.02.2012, Selasa - Ini merupakan portrait rasmi Baginda Queen Elizabeth II yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham baru-baru ini sempena sambutan Jubli Intan Pemerintahan Baginda yang ke-60 diatas tahta Britain tahun ini. Pada 1977 baginda telah menyambut perayaan Jubli Perak pemerintahan baginda manakala sambutan jubli emas baginda pula diadakan pada 2002.

Buat masa ini, baginda merupakan pemerintah kedua paling lama didunia selepas Raja Bhumibol Adulyadej yang berada diatas tahta selama 65 tahun ( 09 Jun 2012 – 66 tahun) dari Thailand dan merupakan pemerintah kedua paling lama di United Kingdom selepas Queen Victoria yang memerintah selama 63 tahun 7 bulan. Dalam tempoh pemerintahan Baginda selama 60 tahun, United Kingdom telah dipimpin oleh dua belas orang Perdana Menteri. Jika umur baginda boleh bertahan sehingga 09.09.2015 iaitu dalam usia 89 tahun, baginda akan menjadi pemerintah paling lama di Britain. Tahukah anda bahawa bonda baginda mangkat dalam usia 101 tahun., mana tahu baginda juga akan mengikut jejak langkah bondanya mangkat dalam usia yang lanjut.

Baginda diputerikan pada 21.04.1926 di 17 Bruton Street, Mayfair, London merupakan puteri kepada Prince Albert, Duke of York dan kemudiannya bergelar HM King George VI dan bondanya Elizebth Bowes-Lyon yang kemudiannya bergelar HM Queen Elizabeth dan dikenali dengan panggilan The Queen Mother selepas kemangkatan suaminya.

Baginda merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita Britain yang menyertai angkatan tentera pada 1945. Baginda berkahwin dengan dua pupunya Putera Philip, Duke of Edinburgh ketika berusia 13 tahun pada 20.11.1947. Baginda dikurniakan tiga putera dan seorang puteri iaitu Pewaris Tahta Prince Charles, Prince of Wales (14.11.1948) ; Puteri Anne, The Royal Princess (15.08.1950) ; Prince Andrew, Duke of York (19.02.1960) dan Prince Edward, Earl of Wessek (10.03.1964).

Baginda menaiki tahta pada 06.02.1952 selepas kemangkatan Ayahandanya King George VI akibat kanser paru-paru ketika baginda dan suami berada di Kenya untuk lawatan rasmi negara. Baginda ditabalkan sebagai Ratu Britain (Queen of Great Britain) Pada 02.06.1953 dengan penuh adat istiadat diraja Britain di Westminister Abbey.

Seperti mana yang Syah maklumkan tadi gambar diatas itu merupakan potrait rasmi sambutan Jubli Intan baginda. Gambar ini diambil oleh Mr John Swannell di Center Room, Istana Buckingham pada Disember 2011 lepas. Mr Swannell dalam kenyataannya memaklumkan bahawa beliau berasa amat bershukur kerana ini adalah kali ketiga beliau diberi kepercayaan untuk mengambil gambar peribadi baginda Queen. Menurut beliau lagi baginda Queen dan Duke of Edinburgh begitu santai pada hari berkenaan dan ini memberikan mood yang baik pada gambar baginda berdua.

Baginda mengenakan Pakain Rasmi yang diperbuat daripada sutera, satin dan lace dengan taburan labuci bewarna silver (perak). Pakaian ini disiapkan di Istana Buckingham oleh Miss Angela Kelly. Baginda tampil dengam Mahkota kerajaan yang diperbuat pada tahun 1820 dan kebiasaannya dipakai sewaktu istiadat rasmi seperti pembukaan Parlimen dan pertabalan. Kalung yang dipakai oleh baginda merupakan kalung yang sama dipakai oleh mendiang Queen Victoria untuk sesi gambar rasmi sambutan Jubli Intan Queen Victoria pada 1897 yang mana kalung ini juga telah dipakai oleh lima generasi Ratu England bermula dari Queen Victoria, Queen Alexandra, Queen Mary, Queen Elizabeth (Queen Mother) dan baginda sendiri.

Pada selimpang diraja bewarna biru, baginda memakai darjah kebesaran diraja mendiang nenda baginda King George V dan Ayahandanya King George VI. Central Room dipilih sebagai lokasi pengambaran kerana ianya berada ditengah-tengah bangunan baru yang dibina di Istana Buckingham pada 1848 dan Center Room ini juga merupakan laluan ke Beranda Istana yang digunakan oleh kerabat diraja untuk muncul dikhalayak ramai semasa istiadat khas seperti pertabalan dan perkahwinan diraja. Bilik ini juga menghadap Memorial Victoria berupa patung gansa mendiang yang dibina sempena memperingati mendiang sebagai satu-satunya raja yang memerintah paling lama di Britain (1837 – 1901) dan menyambut Jubli Intan pemerintahan pada 1897.

Tahniah Syah ucapkan kepada baginda Queen Elizabeth II sempena sambutan Jubli Intan Pemerintahan baginda selama 60 tahun diatas tahta Britain. Syah mendoakan agat Baginda Queen Elizabeth dilanjutkan usia dan diberikan kesihatan yang baik.

Sumber :- Royalty.nu / Wikipedia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.