Wednesday, February 29, 2012

Solat Jenazah di Masjid

29.02.2012, Selasa - Kebetulan hari ini Syah kerja half day (cuti) kerana ada appointment dengan Abang Bong jam 16:00hrs di Rimbun Denai Enterprise, Batu 18, Rawang untuk berbincang mengenai design pintu pagar Rawang Residence Syah. Syah keluar office jam 13:00hrs dan singgah lunch kat Seri Kenangan yang terletak di roof top Central Market. Syah order nasi goreng kampung dan tomyam ayam tetapi nasi sampai dulu dan tomyam lambat lagi kerana orang ramai dan Syah tanya boleh cancel tak dan terus pekerja tu kata boleh. Wow banyaknya nasi dia dan tak kedekut nampaknya kedai nie. RM5.00 jer dan memang Syah cadangkan anda semua cuba lunch kat sini jika ada kesempatan. Yang ta paw pun ramai juga, mungkin kedai nie famous kot dan ramai pelanggan sebab tu dia tak berkira sangat.

Lepas makan Syah bertolak ke Rawang menaiki bas SJ sambil makan kacang goreng plus minum teh hijau coz masa makan tadi Syah tak beli minuman. Syah sampai Pekan Rawang 30 minit sebelum jam 16:00hrs dan Syah singgah sebentar ke masjid Nurul Iman, Batu 18, Rawang untuk solat Zohor. Masjid nie sebenarnya pada Januari lepas ada kes orang letakkan kepala babi dihadapan tangga Masjid ini dan masih dalam siasatan pihak berkuasa. Lepas solat Syah berjumpa Abang Bong yang kedainya berhampiran Masjid tu.

Setelah selesai perbincangan dan on the way ke bas stop, kedengaran laungan Azan Asar dan Syah singgah solat di Masjid sekali lagi. Selepas solat berjemaah, Syah keluar dan nampak ada van jenazah dan beberapa orang wanita India yang tidak bertudung. Heran juga Syah dan dalam hati kata mungkin Indian Muslin yang meninggal tetapi ada beberapa orang melayu sekali. Lalu Syah masuk semula ke ruang solat untuk bersama-sama yang lain solat jenazah.

Lepas solat jenazah Syah keluar Masjid dan sebelum pakai kasut sempat tanya seorang wanita Melayu dalam rombongan tu dan tanya siapa yang meninggal. Selepas tu seorang perempuan Melayu lainnya kenalkan dirinya sebagai isteri kepada arwah. Katanya suami dia India Muslim (convert to Muslim - patutlah ada nampak wanita India yang tak bertudung dan itu adalah keluarga suaminya). Syah tanya sebab kematian dan katanya suami dia berusia lingkungan 60an dan ada penyakit kencing manis. Dia sebenarnya sihat tetapi baru-baru nie terpijak paku dan ini adalah penyebab kematiannya.

Sebelum Syah beredar Syah tanya dimana jenazah akan dikebumikan dan katanya Tanah Perkuburan Islam Kuala Garing, oooooooo kat area Rawang Residence Syah rupanya. Kakak tu dari Bukit Rawang dan sebelum Syah beredar Syah ucapkan takziah pada dia dan terus dia kata "Terima Kasih Yer Kerana Sudi Sembahyangkan Jenazah Suami Saya" Pilu rasanya hati Syah mendengar kata-kata Kakak tu. Yerlah ........... jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditangan Tuhan. Al-fatihah kepada Allahyarham ........... Semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

On the way keluar Masjid hari mendung dan hujan rintik-rintik dan bila sampai kat pintu gate baru Syah teringat yang Syah tak sedekah duit kat Kakak tu tetapi disebabkan Syah dah keluar dan mereka sibuk masukkan jenazah dalam van Syah teruskan jer perjalanan. Sekarang teringat-ingat pula mengapalah syah tak bersedekat kat kakak tu tadi. Terkilan pula rasanya. On the way dalam bas hari hujan lebat dan sampai jew Rawang Residence basah kuyup Syah. Sekarang jam 22:42hrs dan Selamat Malam Semua, Sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Raja Muda Perlis Serahkan Sumbangan Kepada Aman Palestin Berhad Sebelum Berangkat Ke Uzbekistan dan Kazakstan

29.02.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan rombongan telah berangkat ke Uzbekistan dan Kazakstan untuk lawatan kerja Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIP) mulai esok 01.03.2012 hingga 07.03.2012. Sebelum berangkat, Tuanku telah berkenan menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada Aman Palastin Berhad. Majlis diadakan di Bilik Anggerik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Sebanyak RM 51,029.00 telah berjaya dikumpul hasil kutipan Tabung Palastin melalui YTSP yang dilancarkan di Istana Arau, Perlis tahun lalu. Sumbangan telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad Encik Awang Sufian Awang Piut oleh Tuanku Syed Faizuddin selaku Pengerusi YTSP. Sumbangan ini akan dihantar ke Palestin dalam waktu terdekat ini bagi membantu meringankan beban hidup masyarakat yang ditindas itu. Turut mengiringi Tuanku Syed Faizuddin adalah Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sumber : Bernama

Raja Muda Perak Sampaikan Sumbangan Yayasan Sultan Azlan Shah Kepada IJN dan MERCY Malaysia

29.02.2012, Selasa - Hari ini Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah berkenan menyampaikan sumbangan sebanyak RM500,000.00 bagi pihak Yayasan Sultan Azlan Shah kepada Institut Jantung Negara (IJN) dan Pertubuhan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia). Majlis diadakan di Istana Changkat, Kuala Lumpur. Sumbangan dalam bentuk cek berjumlah RM300,000.00 telah disampaikan kepada Tan Sri Dr Robaayah Zambahari, Ketua Pegawai Eksekutif IJN manakala Naib Presiden Mercy Malaysia, Norazam Ab Samah menerima cek berjumlah RM200,000.00.

Tan Sri Dr Robaayah memaklumkan kepada Bernama bahawa sumbangan ini akan digunakan untuk perbelanjaan IJN dalam meneruskan kaedah 'MitraClip' bagi pesakit jantung yang mengalami kebocoran injap mitral. Beliau melahirkan rasa kesyukuran kerana dengan sumbangan ini IJN dapat membeli peralatan dan peranti baru bagi prosidur-prosidur berkenaan. Tambah beliau lagi, kaedah "MitraClip" digunakan kepada pesakit yang tidak boleh menjalani pembedahan atau berisiko tinggi menjalani pembedahan dimana satu klip akan dimasukkan disebelah kebocoran melalui satu sistem penyampaian yang dimasukkan melalui urat di pangkal peha.

Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Yayasan Sultan Azlan Shah diatas sumbangan yang diberikan kepada IJN dan Mercy Malaysia.

Naik ETS dan Half Day Hari Nie

29.02.2012, Selasa - Salam dan Selamat Pagi semua. Mula-mula sekali Syah hendak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada mereka yang menyambut hari kelahirnya pada hari ini 29 Februari kerana anda begitu unik sekali menyambut hari lahir empat tahun sekali disebabkan tahun lompat dimana tarikh 29 Februari hanya muncul empat tahun sekali sahaja. Begitu juga bayi-bayi yang dilahirkan pada hari ini akan menyambut hari lahirnya empat tahun sekali tetapi umur tetap sama yer tak ada lompat-lampat. Ahakssss.............

Ok......... by the way pagi tadi perjalanan ke Pekan Rawang berjalan lancar cuma komuter Rawang - Bangi dibatalkan macam biasa dengan alasan kerosakan pula pada kali ini. Lalu Syah ke kaunter tiket dan beli tiket Keratapi ETS dengan kadar RM6.00 dan minta staff dikaunter tu releasekan kad touch and go Syah. Sampai KL Sentral sebelum jam 08:00hrs kerana train nie tak berhenti dimana-mana stesyen kecuali Stesyen KTM KL. So Syah sampai awal pagi nie dan terus buat kerja sambil sarapan dengan susu dan cereal. Hari ini Syah kerja half day kerana hendak jumpa vendor mengenai pintu pagar Rawang Residence Syah jam 16:00hrs nanti. ok lah terkejar-kejar masa nie sebenarnya nak siapkan kerja dan mungkin malam nanti baru dapat update tengkusyah.blogspot. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry ...............

Makam Tengku Tengah Zaharah

29.02.2012, Selasa - Godek punya godek untuk cari gambar Makam Diraja Johor yang sudah hilang tu, Syah terjumpa koleksi Makam Diraja Terengganu kepunyaan Syah dan hendak kongsi sedikit mengenai makam disebelah ini. Ini adalah Makam Allahyarhamah (Almarhumah) Tengku Tengah Zaharah binti Tengku Setia Raja Tengku Omar ibni Sultan Ahmad Muadzam Shah (Pahang). Allahyarhamah merupakan bonda kepada Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Nenda kepada Sultan Terengganu sekarang KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dibahagian hadapan makam ini terdapat makam Almarhum Tengku Besar Mahmud yang merupakan Ayahanda kepada Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani.

Sila click Entry Syah terdahulu mengenai Allahyarhamah pada 26.02.2012 lepas:-

Tuesday, February 28, 2012

Wajah Princess Estelle Silvia Eva Mary

28.03.2012, Selasa - Inilah dia wajah Princess Estelle Silvia Ewa Mary yang baru berusia empat hari dan merupakan bakal Ratu Sweden (Queen of Sweden) iaitu pewaris kedua tahta Sweden selepas bondanya Crown Princess Victoria. Photo Puteri comel ini diambil di Haga Palace. Beliau diputerikan pada 23.02.2012 lepas jam 04:26hrs waktu tempatan di Karolinska University Hospital, Sonla dengan ukuran panjang 20in dengan berat 7.23lb.

Entry terdahulu mengenai kelahiran ini :-

Sumber : Royaltynu

Monday, February 27, 2012

Busy Day dan Buka Puasa

27.02.2012, Isnin - Hari nie memang sibuk dengan kerja dan tak sempat update banyak di blog. pagi Syah sediakan perbelanjaan terakru dan hantar ke processing center klang valley di TM Annexe 2. Selepas lunch pula Syah ke Assessment Centre, TM Training Centre di Jalan Gurney Kiri untuk uruskan bayaran petty cash. Lepas tu Syah balik ke Rawang dan sampai awal sedikit dari biasa. Letih dalam bas kerana cuaca panas dan bas SJ tak ada aircond. Disebabkan puasa Syah tak tahu nak makan apa lalu beli jer Bakso. Sampai rumah vendor untuk pagar datang dan bincang sebentar sebelum final decision untuk buat pagar apa, Mungkin Rabu nie Syah akan jumpa dia untuk final layout.

Lepas vendor balik Syah alter sedikit Bakso tu dan Syah campurkan cendawan, lobak merah, tomato dan telur. Buah Lai sebagai pencuci mulut dan minuman macam biasa Syah buat teh panas perisa laici dan ros. Masa berbuka, Syah minum air akar kayu dan kemudiannya solat baru makan selepas tu. Oh yer baru ingat masa beli tomato kat kedai tadi Syah ada beli Ice Cream dan nak makan jap lagi lah...... Ahaks............... Ok Selamat Malam Semua Semuga Dibuai Mimpi-Mimpi Yang Indah Buat kalian Semuanya.

Perletakan Batu Asas Pembinaan Masjid Negara Oleh Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

27.02.2012, Isnin - Pada hari ini dalam tahun 1963, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III Almarhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail telah menyempurnakan perletakan batu asas pembinaan Masjid Negara di Kuala Lumpur. Pembinaan Masjid yang bernilai $10 juta ini merupakan hasil daripada sumbangan kerajaan Persekutuan. Kerajan Negeri dan oarang ramai terletak di jalan Hishamuddin dalam kawasan 13 ekar berhadapan Stesyen Keretapi Tanah Melayu (KTM )Kuala Lumpur. Masjid ini boleh memuatkan 15,000 jemaah dalam satu masa dan didalam kawasan Masjid Negara terdapat Makam Pahlawan yang merupakan tempat persemadian khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa kepada negara semasa hayatnya.

Kerja-kerja rekabentuk masjid ini dipertangungjawabkan kepada tiga orang arkitek dari Pejabat Pengarah Kerjaraya ibu kota iaitu En Baharuddin bin Abu Kassim, Encik I. Hisham AlBakri dan Tn Hj. H.I. Ashley. Idea asal penubuhan Masjid Negara datang daripada keputusan Majlis Kerja Persekutuan yang ingin membina sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada Perdana Menteri Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai mengenang jasa dan bakti beliau kepada negara. Masjid ini dirasmikan pada 27.08.1965 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Pada ketika itu, Masjid Negara merupakan Masjid paling moden di Asia Tenggara.

Sumber : Arkib Negara / Wikipedia

Terbangun dan Bersahur

27.02.2012, Isnin - Salam dan Selam Pagi Semua. Sekarang jam 03:41hrs dan jam 03:30hrs tadi tiba-tiba Syah terjaga dari tidur yang lena dan rupa-rupanya TV sedang menonton Syah. Ahakss................ Terus Syah teringat yang Syah tak sahur lagi dan tak niat puasa sunat. Ingatkan hendak buat mee segera cintan yang ada balance sebungkus jer lagi kat dapur itew tetapi tukar fikiran makan cereals sahaja dengan susu omega. Lepas ni nak tidur sekejap dan set kan alarm kat handphone Syah yang comel nie jam 05:00hrs. Ok lah ye, sehingga berjumpa lagi dilain Entry ...................... makan semua

Sunday, February 26, 2012

Nak Kemana Yek ?

26.02.2012, Ahad - Salam Semua dan Selamat Berhari Minggu Bersama Keluarga dan Yang Tersayang. Apa plan anda hari nie, Syah tak tahu nak buat apa ingatkan hendak ke Ipoh naik ETS menyaksikan Pameran Kesultanan Perak tetapi dah lewat nak pergi coz sekarang sudah jam 08:24hrs. Pameran nie berakhir 29.02.2012. Syah cuci depan rumah sebentar tadi dan rasanya hendak keluar jalan-jalan jam 10:00hrs nanti mungkin ke KL. Nak breakfast tetapi perut plak rasa sebu. Lunch jer lah nanti.

Gambar nie semasa Syah sambut tahun baru 2011 di Johor Baharu bersama my Brother Muss. Masa tu kami stay di Grand Paragon JB dan teringat plak dah lama sebenarnya Syah tak masuk Gym............. Hemmmmmmm elok juga kan kalau kita menghabiskan masa terluang di Gym......... Ahaks....

Ok Syah hendak kemas rumah sedikit dan sehingga berjumpa lagi di lain Entry yer.............

Tengku Tengah Zaharah


26.02.2011, Ahad - Tentunya kita semua maklum mengenai Masjid Terapung di Terengganu atau nama sebenarnya Masjid Tengku Tengah Zaharah dengan menampilkan ciri-ciri temadun Islam dan gabungan senibina tempatan dan menjadi masjid terapung terulung di Malaysia sehinggakan ianya terkenal dan menjadi daya tarikan pelancung dalam dan luar negara yang berkunjung ke Terengganu. Masjid ini diambil sempena nama bonda kepada Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Beliau adalah Allahyarhamah (Almarhumah) Tengku Tengah Zaharah binti Tengku Setia Raja Tengku Omar Ibni Sultan Ahmad Muadzam Shah (Pahang). Allahyarhamah merupakan Nenda kepada Sultan Terengganu sekarang KDYMM Al-wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ini diputerikan pada 1911 dan berkahwin dengan Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah (Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-4) pada 1929. Allahyarhamah tidak menjadi Tengku Ampuan Besar Terengganu kerana telah bercerai dengan Almarhum Tuanku Ismail. Walau bagaimanapun selepas bercerai Allahyarhamah menetap di Terengganu dan mangkat di Istana Badariah, Kuala Terengganu pada 19.04.1979 dan dimakamkan di Makam Diraja Terengganu di Masjid Abidin, Bandar Kuala Terengganu.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah (Almarhumah) Tengku Tengah Zaharah binti Tengku Setia Raja Tengku Omar Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.

Sumber :- Foto dari Tengku Dzulkarnain Ismail

Saturday, February 25, 2012

Rumah Kira Dah Siap Walaupun Tak 100%

25.02.2012, Sabtu - Shukur Alhamdulillah kerja-kerja Wak Baha kira dah selesai walaupun ada sedikit sana sini yang kita tak puasa hati, tu perkara biasalah. Tengahari tadi kerja-kerja dia siap. Ada juga satu dua benda yang dia tak buat tetapi tu perkara kecil jer dan tak mencacatkan apa-apapun dan Syah boleh buat sendiri jer tu nanti.

Cuma lampu pagar tak pasang lagi kerana kerana Anak Wak Baha, Adi yang buat wiring kerja di Kuala Selangor, Tengoklah macam mana, nak cari orang lain ker tu tak pasti lagi kerana kalau panggil orang lain kena bayarlah upahnya dan kalau tunggu Adi tak kena apa-apa caj kerana bayaran dah kira sekali cuma lambatlah dan bila tak tahu lagi.

Pagar pula Syah buat appointment hendak jumpa vendor hari ini dan dia janji jam 17:00hrs tetapi sekarang jam 17:52hrs tak nampak batang hidungpun mungkin busy agaknya kerana masa call tadi dia inform ada kerja kat luar. Diapun tak call inform lambat ker apa. Tak apalah, ada .adalah ...tak ada cari jer orang lain........

Oklah Syah nak berehat sebentar dan Insyallah kita jumpa lagi dilain Entry. Byeeeeeeeeeeee...............

Friday, February 24, 2012

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Majlis Santapan Beradat ATM

25.02.2012, Sabtu - Semalam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Beradat Angkatan Tentera Malaysia bagi memuliakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Majlis diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Menghadiri Istiadat Perbarisan Memuliakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

24.02.2012, Jumaat - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli memeriksa perbarisan kawalan kehormat pada Istiadat Perbarisan Memuliakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Istiadat diadakan di Kem Seri Perdana, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Turut serta adalah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Istiadat hari ini melibakan 22 pegawai dan 586 anggota daripada Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.

Sumber : Bernama

Sultan Mizan Rasmikan Masjid Kayu - Masjid Ulul Albab

24.02.2012, Jumaat - Hari ini Sultan Terengganu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan merasmikan Masjid Ulul Albab di Seberang Jerteh. Syah pernah membuat entry berhubung masjid ini pada 13.02.2012 lepas. Masjid ini dibina menggunakan kayu bermutu tinggi seperti cengal dan meranti yang berkonsepkan tradisional Melayu Terengganu. Seniman Negara Wan Mustaffa Wan Su telah diberikan penghormatan menggunakan kepakaran seniukir beliau untuk mengukir hiasan pada daun pintu, dinding, jendela, mimbar khutbah, tangga dan sudut-sudut tertentu. Masjid ini mula dibina pada akhir 2009 dan siap pada Julai 2011 dan boleh menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Entry Syah terdahulu mengenai Masjid ini :-

Sumber :-Bernama

PM Melawat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka

24.02.2012, Jumaat - Hari ini Yang Di-Pertua Negeri Melaka Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob dan Isteri Kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Utama Dato' Zurina bt Kasin telah menerima tetamu istemewa iaitu Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Perjumpaan ini diadakan dikediaman rasmi TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka di Istana Melaka. Perdana Menteri dan rombongan sebenarnya dalam rangka lawatan sehari ke Melaka. Turut serta menyambut Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.

Sumber : Bernama

Sultan Brunei Berangkat Ke Majlis Perhimpunan Agung Sempena Ulangtahun Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Kali Ke-28

24.02.2012, Jumaat - Semalam Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan mencemar duli berangkat menghadiri Majlis Perhimpunan Agung Sempena Sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) Negara Brunei Darussalam Kali Ke-28. Tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini adalah Negaraku Brunei Darussalam. Majlis diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien ini juga turut dihadir oleh kerabat-kerabat Diraja, pegawai-pegawai kerajaan, warga Brunei dan warga asing yang berada di Brunei Darussalam.

Sumber :- Infofoto

Thursday, February 23, 2012

Crown Princess Victoria of Sweden Lahirkan Seorang Puteri

23.02.2012, Khamis - Pihak istana Sweden dalam kenyataanya hari ini memaklumkan bahawa Pewaris Tahta Sweden, Her Royal Highness Crown Princess Victoria telah selamat melahirkan seorang puteri pada hari ini 23.02.2012 jam 04:26hrs waktu tempatan. Kedua-dua ibu dan anak dalam keadaan sihat. Bayi Perempuan yang merupakan pewaris tahta kedua selepas bondanya ini dan bakal menjadi Ratu Sweden diputerikan di Karolinska University Hospital, Sonla dengan ukuran panjang 20in dengan berat 7.23lb.

Entry Syah berhubung berika kehamilan Crown Princess Victoria.

Aktiviti Hari Ini

23.02.2012, Khamis - Pagi nie perjalanan ke office berjalan lancar cuma kerja banyak hari nie. By the way malam tadi Syah gunting rambut dengan Puttu, barber kat Rawang Residence Syah. Dia warga India dan Syah cakap potong macam biasa tetapi tak mahu pendik sangat. Bila dia gunting pendak juga dibuatnya dan Syah biarkan sahaja kerana yang penting nampak kemas. Gambar nie Syah ambil pagi tadi dalam komuter ke KL Sentral.

Lately nie busy sedikit dengan tugas-tugas dan jam 14:45hrs tadi ingatkan hendak Solat Zohor tetapi Abang Talib inform kena masuk meeting. Lepas meeting baru Syah solat, hampir jam 16:20hrs. Untung Syah puasa hari nie kerana waktu lunch tadi Syah sibuk mencari dokumen bayaran untuk audit purposes.

Pening dibuatnya kerana dalam report, perolehan tu Syah yang buat tetapi dokumennya tak ada pada Syah. Setelah pening kepala memikirkannya dan cari sana sini sampai refer kat my boss, akhirnya benda tu bukan Syah buat sebenarnya tetapi Kak Rose yang buat dan disebabkan pusat kos tu Syah yang handle, tu yang nama Syah keluar tu. Apa-apapun rasa lega sebab dah settle.

Ok lah sehingga berjumpa lagi dilain Entry ............ Nak tanya bole, Hendsome ker Cute Syah Nie ........ Just Kidding, Byeeeeeeee.

Update :-
Sekarang sudah jam 22:29hrs, Syah sedang menonton sambil mentenet. Syah sampai Rawang Residence selepas Maghrib dan hantar beg balik kejap dan jumpa Wak Baha tanya pasal renovation yang Syah hendak dia siapkan dalam minggu nie. Lepas tu Syah ke pasar malam dan banyak makan malam nie. Syah beli Sate/Nasi Impet, Kacang Rebus, Hati Ayam Goreng dan Rangka Ayam Goreng. Di pasar malam tadi beli air tebu ice untuk berbuka puasa dan hampeh ice tu dah cair menyebabkan air tebu tu jadi tawar.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-228 di Istana Negara

23.02.2012, Khamis - Hari ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-228 yang diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Kelihatan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah sambil diperhatikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Y.Bhg Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad.

Mesyuarat yang dijalankan selama dua hari bermula semalam itu berakhir pada hari ini. Datuk Syed Danial dalam kenyataanya kepada bernama, memaklumkan taklimat mengenai pertahanan dan keselamatan negara telah disampaikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Tambah beliau lagi, turut dibincangkan dalam mesyuarat kali ini adalah perkara mengenai agama Islam dan perlantikan hakim-hakim mahkamah atasan.

Sumber :- Bernama

Titah Perutusan Sultan Brunei Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Brunei Darussalam Ke-28

23.02.2012, Khamis - Syah ingin berkongsi dengan anda semua Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) Negara Brunei Darussalam Ke-28 pada hari ini 23hb Februari 2012. Titah ini disampaikan oleh Tuanku Sultan semalam di Istana Nurul Iman dan disiarkan secara langsung keseluruh Brunei Darussalam seperti berikut :-


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

Kita bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan izin-Nya jua, kita dapat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara yang ke-28, di dalam suasana sejahtera.

Sepanjang 28 tahun kita merdeka, Negara alhamdulillah, telah berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmurannya. Semogalah ia akan berterusan untuk dinikmati oleh generasi demi generasi.

Orientasi kita dalam melakar pembangunan adalah bercorak global. Kerana kita tidak hanya melihat kepada liku-liku kehidupan dalaman, bahkan perlu turut mengambil iktibar dari peristiwa dan kejadian di dunia tanpa sempadan.

Namun dalam segala hal, kita tetap perlu mengukuhkan jati diri kita selaku rakyat Brunei yang ta’at berugama, yang berawar galat, berperawis dan ber’adat.

Janganlah cepat-cepat mengikut arus, tetapi perlu berhemah dan patriotik didalam mempertahan dan mengamalkan warisan berharga, seperti akhlak yang baik, bahasa bangsa dan sebagainya. Kerana semua eleman-eleman ini adalah “penanda” bagi kewujudan kita.

Tidak lama lagi kita akan memasuki tahun kewangan 2012/2013 dan memulakan Rancangan Kemajuan Negara Ke-10.

Kita menyedari, bahawa prestasi perlaksanaan program-program kemajuan kita tidak terlepas dari menghadapi pelbagai cabaran, khususnya cabaran kapasiti yang terhad. Namun ini bukanlah alasan untuk kita menjadi lemah.

Perjalanan kita menuju sasaran Wawasan 2035 memerlukan kita lebih tangkas dan tegas. Mana-mana sasaran yang tercicir dan lambat adalah perlu dipercepatkan dan yang tersasar perlu pula dikembalikan ke atas landasannya semula.

Dalam apa jua tindak-tanduk kita, perancangan yang payu adalah keperluan asasi, sementara pencapaian sasaran pula perlu disukat secara objektif.

Sebagai jentera pentadbiran kerajaan, Perkhidmatan Awam adalah memainkan peranan utama untuk terus menjana gagasan baru, meningkatkan kapasiti dan mempertemukan kaedah-kaedah bukan-konvensional untuk menangani keperluan negara yang kian kompleks dan mencabar di abad ke-21 ini.

Namun walau begitu, bukanlah bermakna setiap yang baru itu tidak ada cacatnya , kadang-kadang ia hanya unggul pada teori sahaja, bukan pada amalinya.

Produktiviti dan efisiensi memanglah kita utamakan, tetapi bukanlah mesti dengan membebankan perkara-perkara yang sepatutnya tidak perlu dibuat.

Kaedah-kaedah baru boleh sahaja dicuba, tetapi bukan mesti yang bersifat teruk lagi membebankan. Pada Beta, kaedah-kaedah lebih mesra adalah lebih utama dan berpatutan.

Seyugia juga diingat, warga Perkhidmatan Awam ini terdiri dari pelbagai peringkat, pelbagai bidang dan pelbagai kelulusan. Apakah ini tidak mewajarkan mereka dengan kaedah-kaedah yang berbeza?

Menyentuh kepentingan lebih umum, diakhir-akhir ini, satu perkara yang sangat merisaukan orang ramai ialah mengenai keselamatan di jalan raya. Perangkaan kematian akibat kemalangan sangatlah membimbangkan.

Lebih membimbangkan lagi, sebahagian besar dari kemalangan itu melibatkan anak-anak muda, dengan penyebabnya adalah berbentuk kecuaian, sikap tidak berhemah, memandu dengan kelajuan melebehi had laju dan tidak mematuhi undang-undang.

Kalau ini benar menjadi penyebabnya, apakah tidak perlu bagi kita untuk mencari cara-cara mencegahnya? Pada hemat Beta, sangatlah perlu.

Salah satu cara “pencegahan” itu ialah melalui undang-undang. Undang-undang sudahpun ada, baik yang berkaitan dengan tali keledar atau penggunaan telefon bimbit semasa memandu. Tetapi adakah ia telah dikuatkuasakan sepenuhnya? Jika belum, bererti kita belum lagi menjalankan pencegahan itu.

Jadi apa yang perlu disini, tidak lain ialah, semua pihak hendaklah tampil, terutama anggota polis, mereka dikehendaki untuk mempertingkatkan lagi kewaspadaan dan keberadaan mereka didalam pelaksanaan undang-undang berkaitan.

Turut menjadi aspek penting pencegahan ialah mempastikan keadaan jalan-jalan raya utama, supaya benar-benar memenuhi keperluan piawaian keselamatan bertaraf tinggi.

Kesemua langkah-langkah pencegahan ini hanya akan mendatangkan hasil yang berkesan apabila ia benar-benar dibudayakan, melalui promosi dan pengkuatkuasaan yang konsisten.

Di samping kemajuan kita dalam negara, hubungan diplomatik kita dengan negara-negara sahabat juga tetap akan dipupuk dan dipelihara. Ianya adalah teras kemantapan politik, ekonomi dan keselamatan. Ia akan menjadi amalan berterusan, berasaskan prinsip berbaik-baik dan hormat menghormati kedaulatan masing-masing.

Akhir sekali, Beta sukacita merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta dan petugas serta ahli-ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa yang sama-sama berusaha dalam menjayakan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Ke-28 Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Beta juga dengan ikhlas merakamkan ucapan yang sama kepada semua lapisan rakyat, penduduk dan pemimpin yang terlibat, termasuk semua peringkat ahli Perkhidmatan Awam, pasukan-pasukan keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta, kerana sumbangan mereka terhadap keamanan dan pembangunan negara.

Sebagai merista balik sukut baik lagi indah serta penuh berkat kita menanai kemerdekaan Negara, maka Beta sudahi perutusan ini dengan lafaz keramat: “Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sumber :- Information department press room/infofoto

Pengertian Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam Ke-28

23.02.2012, Khamis - Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kerabat Diraja dan Seluruh Rakyat Brunei kerana sambutan Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-28 hari ini. Semuga ikatan serumpun diantara Malaysia dan Brunei akan terus kekal selamanya. Tema bagi sambutan tahun ini adalah Negaraku Brunei Darussalam dan disebelah ini adalah logo Sambutan Hari Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam. Syah hendak berkongsi sedikit dengan anda semua mengenai pengertian logo ini.

Logo
Logo keseluruhan ialah bentuk kupu-kupu yang di olah oleh angka 28 yang membawa maksud 28 tahun kemerdekaan Negara Brunei Darussalam.

Kpu-Kupu
Kupu-Kupu pula melambangkan alam flora dan fauna yang perlu dikawal dan dipelihara daripada sebarang pencemaran dan kemusnahan agar kita hidup aman, sihat dan sempurna.

Warna Hijau
Warna Hijau yang bercampur putih dan coklat melambangkan keadaan alam dan isi kandungannya termasuk pokok-pokok dan hidupan liar bebas menghirup udara bersih yang tidak tercemar.

Empat Bulan
Empat Bulatan sayap kupu-kupu bermaksud empatt daerah yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Huruf Jawi
Huruf Jawi melambangkan Agama Islam sebagai Agama rasmi Negara dan Mendokong usaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

Panji-Panji
Panji-panji sebagai lambang bernegara yang berdaulat dan warna kuning membawa maksud sistem pemerintahan Beraja yang disembah dan sebagai ketua agama yang perlu diikuti.

Warna Biru
Biru membawa maksud laut sebagai sumber makanan dan mata pencarian yang perlu dijaga, dikawal dan dipelihara dari sebarang kerosakan dan pencemaran.

Sumber : Laman Web Rasmi Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam

Wednesday, February 22, 2012

Sultan Brunei dan Kerabat Diraja Berangkat Ke Majlis Doa Kesyukuran Sempena Hari Kebangsaan Brunei Ke-28

22.02.2012, Rabu - Petang tadi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat Diraja telah berangkat ke Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien untuk menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Brunei yang ke-28 tahun. Esok 23.02.2012 Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Kemerdekaan. Tuanku, Kerabat Diraja dan para jemaah kemudiannya mengerjakan Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya Haji Ibrahim.

Kemudiannya diadakan pula Sembahyang Sunat Hajat yang diimamkan oleh Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim Haji Basar. Selepas solat hajat bacaan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Brunei Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz Juned. Selepas itu Tuanku, Kerabat Diraja dan para Jemaah melakukan Solat Insyak berjemaah yang diimamkan oleh Pehin Datuk Imam Dato Paduka Seri Abdul Hamid Bakal. Sebelum berangkat pulang Tuanku dan Kerabat Diraja bersalaman dengan para jemaah.

Sumber :- Infofoto

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-228 Berlangsung Di Istana Negara Hari Ini


22.02.2012, Selasa - Hari ini telah diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-228 di Istana Negara, Kuala Lumpur di mana Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj mempengerusikan mesyuarat hari pertama hari ini. Kelihatan digambar (dari kiri hadapan) adalah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dan Menteri Besar Perak, Raja Negeri Perlis dan Menteri Besar Perlis, Sultan Johor dan Menteri Besar Johor, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dan Menteri Besar Kedah, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Turut kelihatan (dari kanan kehadapan) Sultan Terengganu dan Menteri Besar Terengganu, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Al-Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan, Tengku Mahkota Pahang dan Menteri Besar Pahang serta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kelihatan Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-228 (hari pertama) Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sedang memperkatakan sesuatu kepada Menteri Besar baginda Yang Amat Berhormat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sumber :- Bernama

Breakfast Pagi Nie

22.02.2012, Rabu - Pagi nie Syah breakfast dengan Cereal yang Syah beli minggu lepas. Kebetulan ada offer kat office dua kotak Nestle Cereal nie dijual dengan harga RM14.00 dan harga asal tak ingat tetapi mahal lagi rasanya. Dia offerpun sebab expire datenya dah nak dekat iaitu bulan April dan May 2012. Mereka offer Fitnesse Low Fat Whole Wheat Cereal dan Honey & Almonds dengan harga RM14.00 dan dapat satu bag. Ingatkan hendak bawa susu omega Syah tetapi terlupa lalu Syah singgah ke Mynews.com beli susu Marigold HL Low Fat Milk.

By the way perjalanan ke office pagi ini berjalan lancar cuma komuter jam 07:00hrs pula tak muncul-muncul dan terpaksa naik komuter seterusnya ke Sungai Gadut. Oklah Syah hendak sambung kerja, sehingga berjumpa lagi dilain Entry .........

Tuesday, February 21, 2012

Ketua Menteri Sabah Mengadap Sultan Brunei

21.02.2012, Selasa - Hari ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berkenan menerima mengadap Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Haji Aman di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bawawan. Turut serta adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Sukarti Wakiman dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Dato' Abdullah Sani Omar. YAB Ketua Menteri Sabah dan rombongan berada di Bandar Seri Bagawan dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Brunei Darussalam.

Sumber :- Infofoto/Borneobuletin

Ketiduran Pagi Tadi

21.02.2012, Selasa - Alamakkkkkk pagi tadi Syah tertidur kerana letih sangat rasanya dan terlupa nak kunci jam. Semenjak last week lagi Syah agak busy sebab account closing. Semalam Syah puasa dan berbuka kat Lambaian Seafood di Pekan Rawang dan naik bas last yang sampai rumah hampir jam 21:30hrs. Lepas tu jumpa Wak Baha sekejap sebelum ke Rumah Azrin bagi kunci. Lepak jap dan Syah balik ke Rawang Residence, mandi dan solat terus menonton TV dan kemudiannya TV menonton Syah. Bangun-bangun jew dah Azan Subuh. Alamak dah lah hari nie last day account closing submission dan ada-ada jer halnya. Syah terlepas bas 06:30hrs.

By the way, lately since last week Syah rasa macam nak demam jer, tak tahulah kenapa dan keadaan ini buatkan badan Syah jadi lemah. Tak apalah Syah tawakal jer dan berbalik kepada cerita tadi, Syah tunggu bas kat bas stop dan macam biasalah tak tentu masa sampainya, ikutkan jer lah kerenah pemandu bas tu kerana kita dah tak ada pilihan lain. On the way dalam komuter pula, Syah sempat sms my boss Dek No atau nama sebenarnya Norhafizah : - " Salam Puan, lambat masuk pagi nie coz ketinggalan bas ke Pekan Rawang. Sekarang on the way ke KL Senteral.Tq. Syah sampai office hampir jam 09:20hrs. Pagi tadi macam lipas kudung menyediakan payment peserta SL1M dan Insyallah selesai semuanya. Shukur Alhamdulillah............... oklah semua, hingga berjumpa lagi dilain Entry yer......

Sultan Selangor Terima Anugerah Commandeur de la Legion d'Honneur Daripada Presiden Perancis

21.02.2012, Selasa - Tahniah diucapkan kepada Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj kerana menerima anugerah tertinggi Perancis COMMANDEUR DE LA LEGION D'HONNEUR oleh Presiden Perancis, Nicolas Sarkzoy. Panglima Angkatan Tentera Perancis, Edouard Guillaud mewakili Presiden Perancis telah menyampaikan anugerah berkenaan kepada Tuanku Sultan di French Residence, Kuala Lumpur. Anugerah ini diberikan kepada Tuanku Sultan sebagai mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh baginda sebagai Sultan Selangor dan Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Turut serta dalam majlis ini adalah puteri baginda, Tengku Zatashah dan Duta Besar Perancis ke Malaysia, Martine Dorance.Dalam titahnya, baginda amat berbesar hati menerima anugerah berprestij ini dan melahirkan harapan agar hubungan Malaysia dan Perancis akan terus berkembang.

Sumber :- Kosmoo/Bernama

Tuanku Abdul Halim Mencatat Rekod Dalam Malaysia Books Of Record

21.02.2012, Selasa - Tahniah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana nama baginda telah dimasukkan kedalam Malaysia Books of Records sebagai SULTAN PERTAMA DILANTIK SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG BUAT KALI KEDUA. Sehubungan dengan itu, semalam Tuanku telah menerima buku dan sijil pengiktirafan daripada Pengarah Urusan Malaysia Book of Record, Datuk Denny Oii dalam satu majlis ringkas di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Turut berangkat sama dalam majlis ini adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon. Tuanku Abdul Halim buat pertama kalinya dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-5 untuk tempoh 5 tahun mulai 21.01.1970 hingga 20.09.1975 ketika berusia 43 tahun. Bak kata orang Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh Yang Maha Esa, Tuanku Abdul Halim sekali lagi dilantik sebagai Seri Paduk Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14 bermula 13.12.2011 untuk tempoh lima tahun lagi dalam usia 84 tahun. Tuanku Abdul Halim diputerakan di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pada 28.11.1927. Baginda ditabalkan secara rasmi sebagai Sultan Kedah ke-27 pada 20.02.1959 setelah kemangkatan Paduka Ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah.

Sumber :- Bernama/Kosmo/Malaysian Monarchy

Monday, February 20, 2012

Tuanku Mizan Rasmikan Projek Silika dan Terengganu Kristal

20.02.2012, Isnin - Hari ini Sultan Terengganu, KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan mencemar duli melancarkan Projek Silika dan Terengganu Kristal. Majlis yang berlangsung di Taman Tamadun Islam ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Pengerusi Terengganu Industrial Mineral Sdn Bhd yang merupakan adinda Tuanku, Tengku Sri Temenggong Raja Dato' Seri Tengku Baharuddin. Projek Silika dibangunkan melalui kerjasama dengan beberapa syarikat antarabangsa di kawasan seluas 1,800 hektar didalam daerah Setiu dan Marang yang mana ini merupakan lembah silika pertama seumpamanya didunia dan negara kita.

Sumber :-Bernama

Tan Sri Kamsiah Meninggal Dunia

20.02.2012, Isnin - Al-Fatihah ............. Petang semalam Bekas Yang Dipertua Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia (WI) Tan Sri Kamsiah bt Abdul Majid telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 90 tahun kerana sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Allahyarhamah yang dimasukkan ke hospital semenjak dua minggu lepas akibat pembekuan darah ditanggan telah menghembuskan nafas terakhir jam 12:46hrs. Allahyarhamah meninggalkan seorang anak perempuan dan empat cucu lelaki. Jenazah Allahyarhamah sekarang berada di kediaman anaknya di Taman Halimaton, Batu 3, Jalan Kelang Lama dan akan dikebumikan pagi ini sebelum waktu Zohor di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

Allahyarhamah merupakan seorang aktivis wanita semasa zaman kemerdekaan dan dilahirkan di Kuala Lumpur dan berkahwin dengan bekas Dekan Fakulti Pergigian Universiti Malaya Allahyarham Prof. Datuk Dr Ibrahim Yassin. Allahyarhamah juga merupakan wanita Malaysia pertama yang dilantik sebagai Naib Yang Dipertua Perkumpulan Perempuan Desa Sedunia (ACWW). Allahyarhamah juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pengasas Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Integrasi Wanita Alam Pembangunan (NACIWID) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita-Wanita Malaysia (NCWO).

Al-Fatihah ................ Semuga Roh Allahyarhamah Tan Sri Kamsiah bt Abdul Majid Di Tempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Solleh. Amin. Takziah Syah ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Tan Sri Kamsiah semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini dan kita telah kehilangan sebutir Permata Melayu yang dikagumi dan dihormati.

Salah seorang cucu Allahyarhamah, Sulaiman Idid (41 tahun) sedang menguruskan jenazah nenda tersayang di kediaman ibu beliau.

Sumber :- Bernama

Sunday, February 19, 2012

Pengiran Muda Mahkota Hadiri Malis Pengurniaan Hadiah Kejohanan Golf Antara Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-18

DYTM Pengiran Muda Mahkota Menyampaikan Piala Pusingan kepada wakil Jabatan Perdana Menteri yang menjuarai Keohanan Golf Antara Kementerian sempena Hari Perkhodmatan Awam kali ke-18.

19.02.2012, Ahad - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah telah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Hadiah Kejohanan Golf Antara Kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam kali ke-18 di Royal Brunei Golf & Country Club di Jerodung. Keberangkatan tiba DYTM Pengiran Muda Mahkota disambut Menteri Pembangunan Brunei, Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi serta ahli-ahli jawatankuasa eksekutif dan kerja kejohanan berkenaan. Kemudiannya DYTM Pengiran Muda Mahkota memotong kek sempena puja usia DYTM Pengiran Muda Mahkota yang ke-38 (Hari Lahir). Setelah selesai, DYTM Pengiran Muda Mahkota berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenangan dalam kejohanan berkenaan termasuklan mengurniakan piala pusingan bagi kejohanan ini yang dimenangi oleh Jabatan Perdana Menteri.

Sumber :- Infofoto

Maharaja Jepun Selamat Jalani Pembedahan jantung

19.02.2012, Ahad - Maharaja Jepun Emperor Akihito yang berusia 78 tahun telah selamat menalani pembedahan Bypass baginda semalam di Hospital Universiti Tokyo. Pakar-pakar jantung dari Universiti Tokyo dan Universiti Juntendo memaklumkan pembedahan berjalan selama empat jam tanpa mengalami masalah bermula jam 11:01hrs dan berakhir pada jam 14:57hrs. Baginda kemudian tersedar pada jam 15:55hrs sebelum meninggalkan bilik bedah untuk dibawa ke ICU. Mengikut perancangan baginda akan dibenarkan pulang ke Istana dalam masa dua minggu lagi. Sejam kemudian kelihatan Mahrani Michiko dan puteri baginda Sayako Kuroda memasuki bilik ICU untuk berjumpa dengan baginda dan sempat bersembang dengan baginda. Sayako Kuroda yang merupakan puteri kepada Maharaja Akihito dan Maharani Michiko telah dilucutkan gelaran dirajanya mengikut adat istiadat Diraja Jepun kerana telah mengahwini rakyat biasa.

Photo diatas merupakan gambar terbaru baginda yang diambil sewaktu keberangkatan tiba baginda ke Hospital Universiti Tokyo pada Jumaat lepas untuk menjalani pembedahan jantung.

Sumber ;- Royalty.nu

Syah di Office

19.02.2012, Ahad - Sekarang nie Syah berada di pejabat kerana ada tugas yang memerlukan Syah menyemak data dalam sistem. Ingatkan hendak gunakan method Remote PC tetapi ada masalah dengan fixed IP Address Syah, so kenalah datang ke pejabat jugak. Pagi tadi macam biasa bas problem sket dan mengikut penumpang lainnya memang macam nie kalau hari Ahad. So tiba-tiba teksi lalu dan Syah naik teksi tu dan kebetulan bas datang, tak mengapalah Syah naik juga dengan dua orang lainnya

Biasanya kalau tambang kereta sapu dari Pekan Rawang ke Rawang Residence Syah mereka minta RM10.00 tetapi mana-mana kereta sapu yang keluar dari Rawang Residence Syah ke Pekan Rawang kami bayar RM1.00 seorang sahaja. Kebiasaanya macam tu. Sebab tak sure yang ini teksi, Syah tanya berapa dan jawap driver tu RM5.00 dan uncle kat sebelah Syah cuit tangan Syah dan tunjukkan isyarat tangan satu means RM1.00. Terus Syah kata kat driver tu biasanya RM2.00 dan Syah hulurkan jew RM2.00 kat dia dan terus keluar. Adoi ........... pagi-pagi lagi nak paw orang kan?

Sampai KTM ada komuter tetapi tak sempat naik dah jalan, Syah dah betul-betul depan pintu dan pintu tu tertutup. Malau rasanya dan nasib baik orang tak ramai. Dari KTM Rawang ke KL Sentral dan ambil LRT ke office Syah. Oklah sekarang sudah jam 14:45hrs dan Syah hendak sambung kerja. Mungkin jika ada kelapangan dan kesempatan malam nanti Syah update tengkusyah.blogspot.com. Insyallah.........

Update :- Masabalik dari kerja tadi Syah turun di Bangsar dan ambil bas ke Midvalley. Di Midvalley Syah makan Nasi Goreng Kampung, Sup Daging dan Milo Ice kat Makan Place Food Court di Midvalley. Lepas makan terus ke KTM Midvalley untuk ambil Komuter balik ke Rawang. Fuyoooooooo .........letihnya Syah rasa.......

Saturday, February 18, 2012

Polis Diraja Brunei Raikan DYTM Pengiran Muda Mahkota Dalam Majlis Santapan Petang Sempena Hari Puja Usia DYTM

18.02.2012, Sabtu - Petang tadi telah diadakan Majlis Santapan Petang sempena Hari Puja Usia (Keputeraan) Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke 38 tahun oleh Pasukan Polis Diraja Brunei. Majlis diadakan di Royal Berkshire Hall, Jerudong Polo Club. Turut berangkat adalah YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Keberangkatan tiba DYTM Pengiran Muda Mahkota disambut oleh Pesuruhjaya Polis, Pehin Orang Kaya Pendikar Alam CP Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato' Paduka Haji Sabtu dan pegawai-pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei. Selepas memotong kek sempena hari puja usia, DYTM Pengiran Muda Mahkota telah berkenan menerima hadiah daripada Pasukan Polis Diraja Brunei seperti gambar diatas.

Sumber :- Infofoto

Maharaja Akihito Jalani Pembedahan Jantung Hari Ini

18.02.2012, Sabtu - Maharaja Jepun Emperor Akihito yang berusia 78 tahun dijadualkan menjalani pembedahan pintasan jantung hari ini di Hospital Universiti Tokyo. Baginda sampai di hospital jam 10:00hrs semalam dengan ditemani oleh Maharani Michiko. Pembedahan yang dijangka mengambil masa lima jam itu dilakukan oleh pakar-pakar jantung dari Universiti Tokyo dan Universiti Juntendo. Jika semuanya berjalan lancar baginda akan dikeluarkan dari haspital lebih kurang dua minggu selepas pembedahan. Sepanjang tempoh ketiadaan baginda, Putera Mahkota Naruhito akan mengambil alih tugas-tugas baginda. Dinasti Diraja Jepun merupakan dinasti yang tertua didunia dimana susur galurnya tidak pernah terputus semenjak 1000 tahun yang lalu.

Sumber : - Royalty.nu/mStar Online

Prince Johan Friso Kemalangan Akibat Runtuhan Salji

18.02.2012, Sabtu - Semalam Putera kedua HM Queen Beatrix dari Belanda dilaporkan mengalami kemalangan ketika bermain ski di Lech, Austria akibat runtuhan salji atau avalanche iaitu salji dan air batu mengelonsor dari pergunungan dengan membawa batu-batan bersamanya. Prince Johan Friso yang berusia 43 tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal tetapi stabil di unit rawatan rapi Innsburk University Hospital, Austria. Beliau dikatakan tertimbus dalam salji tebal selama 15-20 minit sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat dan dibawa ke hospital menggunakan helikopter. Kejadian berlaku waktu petang di Litzen-Zugertobel berhampiran Lech yang merupakan tempat yang sentiasa dikunjungi oleh kerabat diraja Belanda untuk cuti musim sejuk mereka semenjak 1950an lagi.

Semasa kejadian terdapat beberapa orang pemain ski bersama beliau tetapi kesemuanya terselamat kecuali Prince Johan Friso. HM Queen Beatrix dan isteri beliau, Mable Wisse Smet kini berada disisi Prince John Friso dihospital. Hospital dimana beliau berada telah diberi kawalan rapi dan pemberita/jurugambar tidak dibenarkan masuk. Bagi mereka yang rapat dengan keluarga diraja Belanda menyifatkan Prince Johan Friso sebagai seorang pemain ski yang berpengalaman dan seorang yang suka mengambil risiko. Beberapa tahun lepas beliau pernah ditahan kerana memandu dengan laju sejauh 200km/jam.

Akhir-akhir ini Austria diletakkan dibawah keadaan berjaga-jaga amaran salji runtuh peringkat ke-4 akibat salji lebat beberapa hari lalu. Dilaporkan hampir 12 orang terperangkapt dalam runtuhan salji pada Khamis dan Jumaat lepas. Seorang lelaki rakyat Sweden berusia 51 tahun terbunuh akibat salji runtuh pada Rabu lepas. Bersama-samalah kita mendoakan agar Prince Johan Fris0 dipanjangkan umur dan cepat sembuh.

Walaupun Prince Johan Frisio merupakan putera kepada HM Queen Beatrix , beliau telah dikeluarkan dalam senarai kerabat diraja dan pewaris tahta kerana perkahwinannya pada 2004 tidak mendapat restu Parlimen Belanda tetapi beliau masih menggunakan gelaran Prince of Orange-Nassau. Beliau merupakan Chif Financial Director Britain's URENCO group semenjak 2011 dan bertugas dengan bank pelaburan Goldman Sachs.

Sumber :- Royalty.nu


Bekerja Dari Rumah Hari Sabtu Nie

18.02.2012, Sabtu - Biasanya Sabtu dan Ahad adalah hari cuti rehat Syah because TM bekerja lima hari seminggu, Isnin hingga Jummat sahaja. Walau bagaimanapun today Syah terpaksa bekerja kerana ada tugasan yang perlu disiapkan sebelum account closing pada 21.02.2012. Hari ini dan esok kena kerja dan hari nie Syah bekerja bukan di office tetapi dari rumah. Syah bawa semua document tu dan siapkan dirumah. Sekarang nie Syah buat kerja-kerja tu di salah satu bilik dirumah Syah yang Syah telah convert menjadi Maharum Bugis Syah Mini Royal Library. Alah bilik biasa sahaja untuk koleksi buku-buku diraja Syah. Oklah hari nie dan esok kurang sedikit Entry Syah kerana quite busy. Insyallah selepas nie tengkusyah.blogspot.com akan menemui anda seperti biasa. Syah akan cuba curi-curi masa update blog yek........?.

Deco Tembok Pagar Warna Emas Syah Kena Curi.

18.02.2012, Sabtu - Maaf semua kerana mulai Khamis hari tu Syah memang sibuk kerana ada tugasan yang perlu disiapkan sebelum account closing 21.02.2012 nie. Some of kerja-kerja tu Syah bawa balik kerumah untuk disiapkan pada Sabtu dan Ahad nie. Petang semalam Wak Baha call Syah kerana hendak ambil ballance renovation rumah Syah kerana dah hampir siap sepenuhnya dan dia perlu beli simen untuk bahagian depan luar pagar Syah. Tiba jer di Rawang Residence Syah periksa rumah dan kemudian panggil Wak untuk inform dia mana yang dia tertinggal nak buat dan Syah minta dia touch-up semula. Selepas tu Syah serahkan dia RM610.00.

Dah settle semua, Syah pun tanya Wak pasal Deco Tembok Syah yang Syah dah cabut seperti gambar diatas nie. Syah sudah tak gunakannya lagi dan hendak simpan dibelakang rumah Syah tetapi disebabkan tak ada masa Syah letakkan dalam car porch Syah. Balik tadi Syah tak nampak benda nie sudah tiada dan tu yang tanya Wak Baha dan tiba-tiba mengucap panjang dia sebab dia tak ambil means benda tu dicuri orang. Patutlah katanya masa dia hendak mulakan tugas selepas lunch, dia nampak pagar besi sementara yang dia tutupkan bahagian depan rumah Syah tu terjatuh dan dia ingat ditutup angin dan dia tengok tak ada tiles yang pecah pula.Dia tak perasanpun benda tu hilang katanya.

Entahlah ............. sudah tak ada rezeki nak buat macam mana dan malam tadi buat solat hajat supaya orang yang ambil tu pulangkan kepada Syah tetapi kalau itu sudah ketentuan yang maha Esa Syah reda. Syah tak ingat harganya tetapi yang Syah ingat RM600.00 samada satu RM600.00 atau sepasang tu RM600.00. Lama dah deco nie since Syah buat masa 1st time duduk sini. Walaupun dah lama warna emasnya dari kualiti yang bagus dan tak lunturpun kena cahaya matahari dan hujan. Ingatkan hendak di alter sedikit dan dijadikan pemegang tangga tetapi tak apalah benda dah hilang nak marah lebih-lebihpun tak ada gunanya.