17.01.2012, Selasa - Hari ini Amir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al-Thani telah mengadakan lawatan rasmi sehari ke Brunei Darussalam. Sheikh Hamad dan rombongan berangkat tiba pagi tadi melalui Lapangan terbang Antarabangsa Barakas di sambut oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Kemudiannya Sheikh Qatar dibawa menghadiri perbarisan kehormat, mengadap Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menghadiri mesyuarat dua hala dan Menandatangani MOU. Sebelum berangkat pulang malam ini, Sheikh Hamad dan rombongan diraikan dalam satu majlis santapan negara.
Sheikh Hamad di mahkotakan sebagai Amir Qatar pada 20.06.2000 setelah merampas kuasa daripada Ayahandanya pada 27.06.1995. Sheikh Hamad dikurniakan dengan 24 orang anak, 11 Putera dan 13 Puteri dari tiga orang isteri. Isteri pertama baginda, Sheikha Mariam binti Muhammad Al-Thani (berpisah) dikurniakan dua Putera dan enam puteri. Isteri kedua, Sheikha Mozah binti Nasser Al-Misnad dikurniakan Lima Putera dan dua Puteri manakala isteri ketiga baginda Sheikha Noora binti Khalid Al-Thani dikurniakan empat Putera dan lima Puteri.
Sumber : Gambar dari Infofoto
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.