18.12.2011, Ahad -Shukur Alhamdulillah ............ Tunku Mahkota Johor Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau singkatannya TMJ sekarang ini sedang berada di Tanah Suci untuk mengerjakan Umrah. YAM Tunku Ismail dijadual mengerjakan umrah dari 14/12/2011 hingga 25/12/2011. YAM Tunku Ismail dan rombongan berangkat ke Tanah Suci pada 14.12.2011 lepas dari Johor Baharu dan kemudiannya ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk ke berlepas ke Jeddah jam 15:00hrs. Turut serta dalam rombongan ini adalah Penasihat Majlis Agama Islam Johor Dato' Noah Gadut yang baru sahaja kembali dari mengerjakan Ibadat Haji. Gambar dibawah diambil pada 16.12.2011 semasa YAM Tunku Ismail di Madinah Al-Munawarah. Syah doakan agar YAM Tunku Ismail dan Rombongan selamat pergi dan kembali semula ke Johor, semuga YAM Tunku Ismail dan rombongan sentiasa dilindungi Allah hendaknya.
Kenyataan YAM Tunku Ismail sebelum berangkat mengerjakan umrah :-
"I would like to take this opportunity to share with you why I'm going to Umrah. This Year have made me realised how important it is to remain Grateful and NOT to take GOD or the People we Love for granted. We Don't live forever and in life, we never know what's going to happen. But what's important, is that we live and keep on looking on the Brighter side of things. Be Grateful for being Alive and what we Have instead of constantly being Negative and Ungrateful. I'm Going to Umrah to Thank ALLAH for the Life He has Given Me and Blessing me with more than I could Ever Wished for." - Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) 13/12/2011.
Terjemahan :- "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan anda semua mengapa saya menunaikan umrah. Tahun ini telah menyedarkan saya betapa penting untuk sentiasa bersyukur dan tidak mengambil mudah tentang Allah dan orang yang kita sayangi. Kita tidak akan hidup untuk selama-lamanya dan kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku dalam kehidupan. Apa yang penting, kita hidup dan sentiasa melihat semuanya dari sudut yang baik. Bersyukur pada kehidupan serta apa yang kita ada daripada terus menerus tidak bersyukur dan berfikiran negatif. Saya menunaikan umrah untuk berterima kasih kepada Allah atas kehidupan yang telah diberikanNya kepada saya dan mencucuri saya dengan lebih daripada apa yang inginkan."
Sumber : Faizal Acai Mustapha
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.