Sultan Kedah dan Adinda Baginda Tunku Bendahara Kedah
12.12.2011, Isnin - Sempena perlantikan Sultan Negeri Kedah Darul Aman sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menganugerahkan darjah kebesaran kepada individu-individu berikut di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah pagi tadi.
- Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah :- Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (D.M.K) membawa gelaran Dato' Seri Utama.
- Menteri Besar Terengganu Datp' Seri Azizan Abdul Razak :- Darjah Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (S.H.M.S) membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
- Tunku Panglima Besar Kedah Dato' Seri Tunku Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim :- Darjah Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (S.H.M.S) membawa gelaran Dato' Seri Diraja.
- Toh Puan Bendahara Kedah Nor Suzana Abdullah :- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) membawa gelaran Dato' Seri.
- Toh Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff :- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) membawa gelaran Dato' Seri.
- Dato' Tunku Hosna binti Almarhum Sultan Badlishah :- Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) membawa gelaran Dato' Seri.
- Dato Lela Putra Dato' Tunku Jaafar Laksamana Tunku Nong Jiwa :- Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul HalimMu'adzam Shah (D.H.M.S) membawa gelaran Dato' Paduka.
- Dato' Syed Kamil Syed Noh Shahbuddin :- Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S) membawa gelaran Dato' Paduka.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.