03.12.2011, Sabtu - Semalam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan memeriksa perbarisan ketiga-tiga pasukan Angkatan Tentera Darat, Udara dan Laut dalam Istiadat Perbarisan menjunjung kasih di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dalam Istiadat Perbarisan ini baginda telah diiringi oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan majlis ini juga adalah sempena tamat tempoh pemerintahan baginda sebagai Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Turut serta adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad serta panglima ketiga-tiga cabang tentera iaitu Darat, Udara dan Laut. Keberangkatan tiba baginda pagi semalam lebih kurang jam 09:00hrs disambut dengan lagu Negaraku serentak dengan tembakan 21 das meriam. baginda kemudiannya menaiki pentas khas bagi menerima tabik hormat pasukan kawalan kehormat yang dianggotai pegawai dan anggota daripada ketiga-tiga cabang tentera.
Dalam masa yang sama lintas hormat diruang udara Dataran Penglima Tentera Darat dilakukan dengan lima helikopter ATM membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Kemudiannya Tuanku Mizan memeriksa perbarisan terdiri daripada 323 anggota dan pegawai lain-lain pangkat dari tiga detachment diikuti laungan DAULAT TUANKU sebanyak tiga kali. Seperti biasa majlis diakhir dengan bacaan doa.
Nota - Info dari Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.