13.12.2011, Selasa - Hari ini Tengku Mahkota Pahang Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah telah mencemar duli melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Balai Raya Teluk Gading, Rompin. Setakat jam 14:00hrs tadi seramai 480 orang daripada 114 keluarga masih ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir sekitar daerah Rompin.
Tengku Abdullah dalam titahnya mahukan agar dilakukan kajian terperinci bagi menangani isu banjir terutamanya dikawasan-kawasan berisiko dilanda banjir diseluruh negara. Baginda mencadangkan agar dibina rumah sementara dikawasan penduduk yang sering dilanda banjir. Titahnya lagi rumah berkenaan tidaklah perlu terlalu cantik cuma sekadar cukup sebagai tempat berlindung apabila berlakunya banjir terutamanya banjir kilat.
Menurut baginda lagi, rumah ini akan mengurangkan kesesakan di pusat-pusat pemindahan banjir terutamanya pada musim banjir seperti sekarang ini. Titah baginda lagi, pembinaan rumah sementara ini walaupun bukan penyelesaian sepenuhnya tetapi dapat membantu mangsa berada berdekatan dengan rumah mereka.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.