23.12.2011, Jumaat - Pejam Celik Pejam Celik Dah nak habis tahun 2011, apa-apapun kehidupan perlu diteruskan, betul tak? Malam tadi pemandu bas inform Syah yang dia cuti hari ini tetapi ada pengganti. Syah bangun tidur jam 05:00hrs macam biasa dan tunggu bas jam 06:15hrs. Bas datang lewat sedikit dari biasa dan Syah dapat naik komuter ke KL Sentral jam 07:00hrs dan kali nie train tak dibatalkan. Shukur Alhamdulillah.......... Sampai office my Boss Dik Noor macam biasa dah ada kat tempat dia buat kerja. Haaaa tu ler dia kat belakang Syah tu my boss Dik Noor atau namanya Puan Norafizah Mohd Izat. Kecil molek jer orangnya dan dah ada anak seorang, perempuan bernama Aisyah (ejaan sebenar tak tahu). Syah kena duduk kat belakang Dek Noor baru jer lebih kurang tiga bulan nie sebelum dia cuti bersalin hari tu. Dulu Syah duduk tempat lain ............ Ok gtg sehingga berjumpa lagi dilain Entry. By the way kepada kaum Adam, jangan lupa Solat Jumaat hari nie yer......... Anda solat dimana dan kalau terserempak dengan Syah tu tegur-tegurlah yer ...........
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.