10.12.2011, Sabtu - Jika di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sibuk dengan persediaan keberangkatan pulang Tuanku Mizan dan menyambut Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru, begitulah juga lah kesibukan yang berlaku di Alor Star Kedah. Bagi memastikan majlis keberangkatan Tuanku Sultan dan Sultanah ke Kuala Lumpur berjalan lancar pada 13.12.2011 nanti, pagi tadi telah diadakan raptai keberangkatan Tuanku Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang sejauh 5.3km berjalan lancar. Gambar menunjukkan para petugas mengadakan raptai dihadapan Istana Anak Bukit.
Raptai dimulai dengan keberangkatan baginda berdua ke Anjung Istana Anak Bukit jam 06:30hrs. Setibanya baginda dianjung Istana, akan diadakan bacaan doa selamat, laungan azan dan kemudiannya paluan nobat "Raja Berangkat". Mengikut jadual baginda akan berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada jam 07:30hrs. Dilapangan terbang pula baginda akan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat DiRaja terdiri daripada 103 pegawai dan anggota batalion Kedua Rejimen Askar Melayu DiRaja dengan tembakan meriam 21 das oleh pasukan Rejimen Artileri dari Taiping, Perak. Selepas pemeriksaan kawalan kehormat diadakan bacaan doa selamat diikuti lagu Negaraku. Selepas itu baginda berdua dan rombongan akan menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ke Kuala Lumpur.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.