29.12.2011, Khamis - Hari nie sepatutnya Syah puasa sunat Khamis tetapi rasa nak muntah dan pening kepala dari awal pagi lagi dan kebetulan ada fire drill kena turun tangga dari Aras 14 Menara TM ................ lagi Syah rasa mual. Terus Syah inform Kak Rose beritahu bos yang Syah keluar uruskan insuran dan road tax Syah di Kurnia yang akan tamat tempohnya esok. Dari Kurnia, Syah ke Capitol Cafe Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk makan (buka puasa) Nasi Minang dan Barli Panas sebelum ke JPJ Maju Junction buat road tax kerana mesin kat Kurnia Insuran off line kalau tak boleh buat dengan mereka dengan caj RM10.00 jew.
Pagi tadi KTM ada masalah lagi KTM. Tiba-tiba dalam masa yang sama ada keratapi ekspress singgah kat landasan dan berhenti lama. Komuter yang sepatutnya berjalan jam 07:00hrs bergerak lewat untuk memberi laluan kepada keretapi ekspress tu serta ETS dan jawapannya Syah sampai lambat ke office jam 08:45hrs. Masa kat KTM Rawang ada nampak macam orang kurang siuman /mabuk tidur atas bangku dalam stesyen. Macam mana agaknya dia boleh masuk dan tidur kat bangku tu, tak ada security ker yang jaga? Tak tahulah ................ Apa-apalah Labu................
Malam tadi masa Syah membelek-membelek tembok pagar Syah, tiba-tiba Azrin, Kak Cik dan Arif lalu dengan kereta mereka dan invite Syah dinner sama kerana mereka nak makan diluar. Syah waktu tu baru sampai dan kata tak nak tetapi Azrin cakap dia yang belanja dan minta Syah ikut sekali. Kami makan kat taman depan Rawang Residence Syah. Syah makan Nasi Goreng USA dan Limau Nipis Panas. Thanx Azrin, Kak Cik dan Arif kerana sudi belanja Syah malam tadi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.