26.12.2011, Isnin - Siapakah Gerangannya Jejaka Kacak Nie. Anda semua kenal tak siapakah dia ?. Beliau dilahirkan pada 28 November 1927. Merupakan anak lelaki kedua dalam keluarganya dan kehilangan ibu tersayang pada 10.03.1934 ketika dia berusia 7 tahun. Beliau pernah belajar di Wadham College, London pada 1952 dan memperolehi Diploma dalam jurusan Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sekembalinya ke tanahair pada 1955 beliau bertugas di Pejabat Daerah dan kemudiannya di Perbendaharaan.
Beliau berkahwin pertama kali sebelum kemerdekaan pada 09.03.1956 dalam usia 29 tahun dan berkahwin untuk kali keduanya selepas merdeka pada 25.12.1975 dalam usia 48 tahun. Kini beliau berusia 84 tahun dengan tahap kesihatan yang amat begitu memuaskan. Siapakan Jejaka ini sebenarnya?
Beliau Adalah ...................... Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Dirgahayu Tuanku Patik.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.