Wednesday, December 28, 2011

Ketiduran

28.12.2011, Rabu - Salam Semua. Pagi nie Syah terbangun terpandang jam pada decoder Astro pukul 07:11hrs, Alamak dah lambat................ terus Syah bergesas bangun dan melihat keluar tetapi masih gelap dan Syah tengok pula jam tangan Syah, rupa-rupanya baru jam 05:11hrs. Bangun tadi Syah Mamai kot? Terus Syah bersiap dan rupa-rupanya Syah tertidur malam tadi kerana keletihan dan mungkin makan banyak ubat sebab tak sihat. Semalam Syah sampai Rawang Residence jam 21:05hrs dan dalam perjalanan Syah makan ubat dalam bas dan tertidur dalam bas. Sampai Rawang Residence Syah makan mee segera sebelum ambil ubat yang perlu dimakan tiga kali sehari dan berehat sekejap terus terlelap sampai pagi.

Lepas mandi tadi Syah qada solat Insyak dan Maghrib sekali sebelum menunggu waktu Solta Subuh. Sekarang jam 05:59 dan sudah kedengaran laungan Azan Subuh di Surau. Ok lah GTG nak Solat dan keluar jam 06:15hrs dari rumah untuk tunggu bas ditepi jalan masuk Rawang Residence yang biasanya tiba jam 06:20hrs - 06:30hrs dan kalau lewat daripada tu means bas lambat dan kena ambil alternatif lain seperti jalan kaki ke Bandar Rawang yang mengambil masa 45minit hingga 1jam.

By the way Syah minta maaf kerana tak sempat buat entry mengenai raja-raja semalam. Lagipun berita terkini mengenai aktiviti raja-rajapun agak berkurang dalam minggu terakhir 2011 nie kerana mereka sedang membuat perancangan untuk aktiviti tahun hadapan. Ala macam kita jugalah hujung tahun nielah masa terluang untuk bercuti atau berehat kan? Apatah lagi mereka yang begitu padat jadualnya sebagai Ketua Negara atau Ketua Negeri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.