01.12.2011, Khamis - Pejam Celik Pejam Celik dah masuk Disember, nak habis tahun sudah? Hari nie Syah ke office dari Kak Lang Residence @ Ampang. Macam biasa jam 05:00hrs Syah sudah bangun untuk mandi, solat dan bersiap. Suami Kak Lang, Azam solat di Masjid dan bawa kunci pintu hadapan rumah mereka dan Syah kena tunggu sampai dia balik solat sebab Kak Lang tak ada kunci pintu depan, lama gak tunggu tetapi rupa-rupanya Kak Lang ada kunci pintu belakang dan Syah keluar ikut pintu belakang melalui dapur. Syah keluar hampir jam 06:30hrs selepas salam dan ucap terima kasih pada Kak Lang Ella dan Firdaus manakala Ku Chick masih tidur lagi dalam kelambu khas dia. Hehehhe............ Dari Kak Lang Residence Syah jalan kaki ke bus stop dan ambil bas Rapid turun di Ampang Park dengan kadar tambang RM2.00. Dari Ampang Park Syah naik LRT ke Kerinci. Sampai office beli sarapan Meehon Goreng Putih dan Barli Panas. Mungkin nak makan jam 10:00hrs nanti. Ok semua Syah dah lama cuti dan nak sambung kerja semula.............. Jumpa lagi yer......
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.