22.12.2011, Khamis - Semalam Syah minta permission ngan My Boss untuk ke KWSP submit pengeluaran ansuran bayaran rumah di Jalan Raja Laut pagi nie dan selepas tu hantar dokumen ke Telekom Sales and Services Sdn Berhad di Mutiara Bangsar. Syah keluar rumah macam biasa tetapi bas tak tiba-tiba wal hal jam dah hampir 06:30hrs. So decide jalan kaki jer sampai KTM dan on the way tak sampai 100 meter bas pun datang dan Syah terus naik. Abang pemandu tu minta maaf katanya ada kemalangan tadi dan menyebabkan jalan jem kat area Tasik Puteri, tue yang dia lambat sampai.
Dari Pekan Rawang Syah naik bas Metro dan turun di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan jalan kaki jer ke KWSP di Jalan Raja Laut. Sampai KWSP ambil nombor dan apabila nombor dipanggil Syah ke kaunter. Officer kat kaunter tu kata Syah isi foarm lama dan dia minta Syah isi borang baru. Lepas tu dia semak lagi dokumen Syah dan katanya Penyata Baki Pinjaman Perumahan Syah tu dah terlebih masa. Maksudnya penyata tu valid sebulan jer dari tarikh ia dikeluarkan. Penyata Syah dikeluarkan pada 29.09.2011 - PADAN Muka Syah suka lagi bertangguh-tangguh. Tak serik-serik dahlah hari tu kena kompaun sebab bayar cukai pintu lambat. Tak perlah Azam tahun baru tak mahu tangguh-tangguh semua perkara dan susah macam manapun kena buat juga.
Syah pun balik dengan hampanya dan baru sebentar tadi Syah request penyata yang baru dari Ambank. On the way balik turun kat LRT Abdullah Hukum dan jalan kaki ke Mutiara Bangsar untuk hantar dokumen. Actually my boss minta courierkan dokumen tu dan bila Syah tengok alamatnya kat Bangsar sahaja Syah kata nak hantar by hand coz kebetulan hari nie Syah hendak ke KWSP dan my boss izinkan. Ingatkan nak makan kat Mutiara Bangsar tapi tak berkenan dan sampai jer office Syah singgah kat Food Court dan makan Meehon Sup Kosong dan Young Tau Foo nampak banyakkan? Syah sebenarnya kalau tension suka makan ..........Heheheheh considered Brunch ler tu Yer?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.