Saturday, July 2, 2011

Shukur Alhamdulillah Syah Selamat Terkena Renjatan Elektrik

Kedua-dua plug dua pin nielah yang hampir meng"Log Off"kan Syah ......... Hehehehhe

02.07.2011, Sabtu, Shukur Alhamdulillah Syah tak apa-apa malam tadi selepas terkena renjatan elektrik bak kata orang jodoh, ajal, maut dan pertemuan di tangan Allah. Malam tadi selepas balik dari dinner di Medan Idaman dengan Muss approx jam 22:00hrs Syah berehat sebentar diruang tamu. Lepas tu Syah bawa laptop masuk bilik dan hendak pasang radio tetapi macam tidak on dan Syah betulkan plugnya. Syah nak cabut macam ketat lalu Syah tarik kuat-kuat dan tiba-tiba tangan Syah rasa terkena elektrik dan benda tu berapi. Syah dapat rasakan renjatan tu dari jari kiri Syah mejalar ke tangan Syah dan rasa mencucuk di bahagian dada kiri Syah. Cepat-cepat Syah tarik tangan Syah dan shukur Alhamdulillah tak jadi apa-apa mungkin aliran elektriknya kecil sedikit. Mungkin kedua-dua plug terangkat dan Syah nampak plug radio tu satu terangkat dan satu lagi terbenam. Mungin jari Syah terkena benda tu kot? Pagi nie jari yang terkena aliran elektrik tu masih tersa sakit sedikit.

Actually ini adalah kali kedua dalam hidup Syah kena renjatan elektrik. Pertama kali sewaktu Syah berusia 16 atau 17 tahun. Waktu tu selepas mandi nak bersiap ke sekolah dan gelap. Lepas keluar dari bilik air Syah nak pasang lampu yang menghala ke bilik Syah dan mentol tu suisnya on tetapi kita kena tarik tali kat mentol tu baru menyala. Syah terus raba-raba cari tali tu tetapi Syah terlupa mentolnya sudah ditanggalkan lalu jari Syah termasuk dalam lubang mentol tu dan terus rasa macam jari Syah berdenyut dan ditarik dengan kuat kearah lubang mentol tu dan cepat-cepat Syah tarik tangan Syah. Actually pada malam sebelum kejadian Syah ada minpi macam pakai baju melayu warna putih tetapi tiba-tiba Syah tanggalkan baju tu dan tak jadi pakainya.

Kepada anda semua Syah nasihatkan berhati-hati dengan barang-barang elektrik dan jangan ambil mudah kerana bila-bila masa sahaja kita akan terdedah kepada perkara-perkara seperti ini. Hati-hati yer kerana mencegah tu lebh baik daripada mengubati jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kita. Masa kejadian Muss didalam bilik air dan bila dia keluar Syah inform kejadian nie dan dia tanya tangan basah ker dan Syah kata tak. Cd pula baring kat ruang tamu kerana demam since semalam lagi. Lepas tu Syah call kawan Syah Mizi dan dia kata call back sebab tengah nak isi minyak kereta dan Syah tak call balik coz tertidur lepas tu dan jam 05:00hrs tadi Syah baru terbangun dari tidur.

Apa-apapun shukur alhamdulillah Syah selamat dalam kedua-dua kejadian ini. Bershukur sangat kerana masih bernafas dan masih dapat berkongsi dengan anda semua mengenai diri Syah dan raja-raja. Terima kasih kerana sudi membaca entry-entry Syah. Selain daripada update kisah mengenai raja-raja blog ini juga merupakan tempat Syah meluahkan isi hati dan perasaan samada gembira atau sedih kerana dalam diri ini tidak ada teman istemewa untuk Syah berkongsi masalah selain daripada blog ini dan anda semua yang sudi menatapnya. Terima kasih sekali lagi Syah ucapkan kepada anda semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.