Saturday, July 2, 2011

Lepak-Lepak @ Nana Residence

Nabilla, Arina dan Syah .........Ini adalah Barisan Jurugambar-Jurugambar Semi-Pro Pada Hari Nie di Tepi Kolam Renang Yang Merakamkan Aksi-Aksi Sepontan Pelanggan-Pelanggan Kami. Hehehhehehe.

02.07.2011, Sabtu - Petang tadi Syah, Muss dan Cd ke Rumah Nana kerana dia buat house warming plus kenduri dan birthday celebration sekali. Cd pergi dulu sebab dia hendak tolong Nana dan Zul fetch dia di KL Residence. Syah bertolak selepas Zohor dan sebelum keluar Syah angkat baju di jemuran takut nanti hari nak hujan......... Kat rumah Nana Syah sempat lepak-lepak kat kolam renang ambil gambar aktiviti budak-budak nie mandi manda. Sempat juga Syah melepaskan geram mengerjakan Gym kat situ kerana dah bertahun tak workout. Lepas mandi approx jam 19:00hrs kami semua naik semula ke rumah kerana Nana nak potong kek birthday. Lepak-lepak jap, makan-makan lagi serta minum kopi panas lepas makan malam yang Kak Long Fadilah buat dan lepas tu kami balik kerumah masing-masing selepas waktu Insyak. Masa ambil gambar tepi kolam, kami perasaan ada seorang remaja arab tu tengok-tengok Arina dan Syah sempat sakat Arina " boyfriend ko tengah tengok kau tu".

Salah satu gambar yang Syah ambil ditepi kolam renang hari nie. Kalau nak tengok selebihnya sudi-sudikan ke facebook Syah di link nie :- http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2024596227939.109061.1635014501

Banyak betul makan hari nie sampai perut rasa kembung. Ada nasi putih, goreng ikan, sup daging/ayam, ulam, sambal belacan, telur masin, sambal sotong kering dan kuih muih. Malam tu pula mereka buat telur dadar dan makan panas-panas dengan nasi putih, Hemmmmm apa lagi asik bertambah jerlah jawapnya Syah dan semua makan. Sampai KL Residence mintak Teh Herba Mus seuncang untuk clearkan lebihan makanan nie dan pagi esok nanti faham-faham jer standby depan tandas. Hehehehheeh ........... Tak pelah coz start Monday nie Syah nak mulakan diet semula coz ada member office tegur Syah dah berisi balik. So terpaksalah kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak. Bukan sahaja untuk turunkan berat badan tetapi untuk kesihaan diri sendiri juga. Dari 65kg dan sekarang mencecah 70kg dan kena diet kalau tak akan jadi macam dulu balik, kannnnnnnnnnnn............... Oh Tidak...Tidak...Tidak.....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.