03.06.2011, Ahad - Sekarang jam 13:17hrs dan radio Era sedang berkemundang Azan Zohor menyeru umat Islam mengerjakan kewajipan harian mereka kepada Yang Maha Esa. Sementara Syah didalam bilik mentenet manakala Mus, CD dan dua ekor kucing hitam mereka semuanya sama-sama terbongkang tidur diruang tamu. Hehehhe tergelak Syah bila jenguk mereka sama jer tuan dan kucing-kucingnya. Ahaks................ hehehehheh. Syah janji dengan Razak hendak ambil bekas hantaran Hafiz selepas solat Zohor nanti dan minta Muss tolong hantarkan.
Sekarang Syah tengah download gambar dalam laptop kerana memory cam full. Nanti lepas solat dan habis download nanti baru kejutkan mereka. Kalau kejut sekarang dan download tak habis alamat kena lah Syah nanti dengan Muss. Muss kata ok hantar Syah ambil dulang barang-barang hantaran tu tetapi dengan Syarat isi minyak dan belanja makan. Hem mesti nak satay kajang tu nanti kan???????? Sebentar tadi call Arip minta Issyaz Wedding Enterprise uruskan Fondant Cake untuk hantaran tetapi tak buat decision lagi berkenaan designnya.
Razak call tadi inform dia sudah balik dari main bola dan team dia kalah so dia tak perlu tunggu sampai petang kat padang tu. Lepas nie katannya dia hendak ke rumah jirannya ada kenduri kahwin. Syah inform akan ke rumah dia lepas Zohor dan inform akan call dia sebelum keluar dari rumah nanti. Perut masih rasa sakit sedikit hasil daripada penangan teh herba tu malam tadi tapi kira oklah taklah cirit beret melampau dan for breakfast tadi jamah nugget dan fries, sket jer yang Cd goreng. Oklah semua Syah nak solat Zohor nie. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.