08.05.2011, Rabu - Semalam Raja Permaisuri Agong, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenaan melawat Hospital Pakar Selayang selama dua jam. Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan isteri Datin Seri Lee Sun Loo serta Ketua Pengarah Hospital Selayang, Dr. Siti Zaleha Mohd Salleh. Lawatan ini adalah sempena hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Baginda juga telah meluangkan masa selama 30 minit di wad kanak-kanak untuk beramah mesra dengan kanak-kanak serta memberikan sumbangan cenderahati kepada kanak-kanak yang mengidap penyakit buah pinggang, hati dan perut. Baginda juga turut menyumbang RM10,000.00 kepada Hospital Pakar Selayang.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.