09.06.2011, Khamis - Lepas kerja tadi Syah ke PWTC, dari LRT Kerinchi Syah turun ke Masjid Jamek dan kemudiannya naik LRT Star ke PWTC dari Masjid Jamek. Syah hendak ke PWTC kerana ada Muslim World Biz Exhibition di Dewan Tun Razak 3 dari 08 - 11 Jun 2011. Sapai jer ke Dewan tu Syah tanya security pasal tengok dewan tu gelap jer dan mereka inform pameran tu tutup jam 18:00hrs. Alamak frustnya .................. tak perlah ingatkan nak buka puasa kat sana, lalu Syah terus balik ke KL residence. Call Muss dalam LRT untuk buka sama tapi dia inform sedang makan dengan Cd so yah kat tak per lah.
Syah plan nak makan kat kedai tom yam berhampiran Melati LRT Station malangnya kedai tu tutup plak dan jam sudah hampir jam 19:25hrs dan Syah hendak jalan ke kedai di area Uptown tetapi on the way Syah nampak kedai makan tom yam kat surau berhampiran rumah Syah tu buka. Lalu Syah buka puasa kat kedai tu yang terletak bersebelahan dengan surau Nurul Iman, Taman Setapak Indah. Syah makan Nasi Putih, Daging Masak Merah, Keropok dan Tom Yam Ayam Serta Lai Chee Kang Panas dan mereka caj RM13.00 tak silap Syah, Syah bagi RM50.00 bila dibalikkan Syah terus masuk dalam dompet tak kirapun. Macam biasa makan supplement lutut dulu. Lepas makan terus balik ke KL Residence. Sedaplah makan kat kedai tuh.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.