Sunday, June 5, 2011

Ziarah Ke Makam Raja Melewar

05.06.2011, Ahad - Semalam kebetulan Syah, Muss dan Cd ke Rembau untuk menghadiri Majlis Resepsi kawan Syah Wan di Rembau. On the way ke rumah pengantin Syah ternampak signboard Makam Raja Melewar. Lepas habis majlis on the way balik Syah minta Muss dan Cd cari makam tu dan nampak gayanya mereka layan jer permintaan Syah dengan syarat sponsor duit minyak hari nie. No problem.......... yang penting Syah dapat ke Makam tu. Adalah hampir 45 minit mencari baru jumpa kerana masalahnya signboardnya kejap ada kejap tiada dan buat orang confuse jer. Tanya orang sana sini akhirnya sampai juga . rezeki namanya.

Gambar diatas tulah Makam Raja Melewar yang merupakan Raja Pertama bagi Negeri Sembilan. Raje Melewar merupakan putera Raja Pagarruyung, Minangkabau, Sumetera Barat yang telah dijemput oleh Dato'-Dato' Penghulu (Undang) dan Pembesar-Pembesar Negeri Sembilan untuk menerajui dan memerintah Negeri Sembilan sebagai Raja.

Satu angkatan diketuai bersama oleh Panglima Bandan dan Panglima Bandut telah diutus untuk berunding dengan Sultan Munim Syah III di Pagarruyung berhubung urusan ini. Raja Melewar merupakan Raja Pertama memerintah Negeri Sembilan. Nama sebenar baginda adalah Raja Mahmud dan telah ditabalkan di Peranjis, Rembau pada tahun 1773 dengan menggunakan gelaran Raja Melewar dan kemudiannya baginda telah berangkat ke Seri Menanti dan bersemayam disitu.

Sebelum berjaya menjadi Raja, Baginda terpaksa menghadapi pelbagai rintangan termasuklah berperang mengalahkan Raja Khatib yang merupakan seorang Putera Raja Pagarruyung yang telah diutus untuk membuat persediaan untuk keberangkatan tiba Raja Melewar di Negeri Sembilan tetapi telah belot dan mengistiharkan dirinya pula sebagai Raja.

Setelah berjaya menjadi Raja baginda kekal memerintah Negeri Sembilan sehinggalah pada satu hari dalam tahun 1795, baginda telah berangkat ke kawasan Astana Raja untuk melawat Luak Rembau dan baginda telah jatuh gering dan mangkat. Baginda telah dimakamkan di Bukit Serajin bersebelahan dengan makam Permaisuri Baginda. Dikawasan berpagar Makam Raja Melewar iini terdapat tiga buah makam. Gambar diatas adalah Makam Raja Melewar bersebelah permaisuri baginda.

Walau bagaimanapun tidak dinyatakan yang mana satu makamnya. Syah tahu sebab apa ? Sukar untuk menentukannya kerana Syah lihat iannya diperbuat daripada batu Aceh. Jika sekarang yang bulat adalah nesa lelaki dan yang nipis/pipih nesan wanita tetapi pada zaman berkenaan bentuk leper atau bulat juga digunakan oleh lelaki.

Apa-apapun Syah bershukur kerana sampai juga hajat Syah untuk menziarahi Makam Raja Melewar yang merupakan Raja Pertama Negeri Sembilan atau disebut juga sebagai Yam Tuan dan sekarang dikenali sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Thanks Muss dan Cd.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.