Friday, June 17, 2011

Ujian Hidup


Gambar : Pagi tadi selepas hantar dokumen ke Procurement, Syah ingat nak breakfast di Foodcourt Menara TM tetapi tak jadi coz tak tau nak makan apa lalu ke Pusat Penjaja Menara TM dan Syah makan Mee Jawa dan Milo O Kosong dengan caj RM5.20. Lupa nak bawa ubat dan Syah makan nantilah coz ubat tu kena ambil masa perut kosong.Macam biasa pergi kerja hari ini dengan Arip dan balik nanti tak saing sebab dia ada urusan dengan Azrin petang nanti......


17.06.2011, Jumaat - Sebagai manusia biasa, kehidupan kita didunia yang fana ini memang tidak lari dari pelbagai dugaan dan rintangan. Sebgai HanbaNYA kita harus menangani dugaan dan rintangan dalam hidup ini dengan penuh kesabaran dan keimanan. Kita harus mengambil sikap proaktif, responsiv dan sensitif dalam menangani masalah dan tidak cepat melatah untuk membuat tuduhan kepada pihak ketiga atau melepaskan perkataan yang akan membawa kepada pertelingkahan yang berlarutan. Ini tidak akan menyelesaikan masalah. Seek first to understand and than to be understood. Put your self into them and than you knew what is happening. Setiap orang pasti akan melakukan kesalahan tetapi kita hendaklah belajar dari kesalahan atau kesilapan kita itu untuk jadi yang lebih baik lagi dimasa hadapan bak kata orang-orang lama yang baik tu dijadikan tauladan dan yang buruk tu dijadikan sempadan. Tertarik dengan e-mail dari seorang sahabat yang dikirim kepada Syah pada pagi ini untuk dikongsi kepada anda semua.

Rasulullah SAW bersabda :- Barang siapa yang banugun diwktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah s.w.t.. Dan barangsiapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”

Bersungut Kerana Kesusahan Hidup
Salah satu ujian yang diterima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.

Bersedih Kerana Perkara-Perkara Dunia
Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tetapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contoh menangis kerana dunia adalah sedih apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta ini. Itu adalah salah satu contoh bersedih kerana perkara dunia. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.

Merendahkan Diri Kepada Orang Kaya
Pada zaman sekarang orang yang kaya dipandang mulia. Ini kerana golongan yang kaya mempunyai nama dan sangat dikenali hingga membuatkan orang lain hormat kepadanya manakala golongan miskin pula akan dipandang rendah oleh masyarakat. Begitulah perbezaan status dalam kehidupan pada zaman sekarang. Sebenarnya kita tidak boleh terlalu mengagungkan golongan yang kaya. Cukuplah sekadar menghormatinya sebagai saudara kita tetapi jangan sampai boleh merasa rendah diri kerana kekayaan yang dimilikinya.

Sehingga berjumpa lagi dilain Entry............... Renung-Renungkan Lah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.