15.06.2011, Rabu - Hari ini telah diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur. Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah mempengerusikan Mesyuarat pada hari ini. Kelihatan Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertuan-Yang Dipertuan Negeri serta wakil-wakil Raja-Raja Melayu bersama Menteri Besar/Ketua Menteri masing-masing menuju ke dewan persidangan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.