Tuanku Mizan menyerahkan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara kepada Putera Mahkota Abu Dhabi sambil diperhatikan oleh Tuanku Nur Zahirah di Istana Negara - Gambar dari Bernama
17.06.2011, Jumaat - Hari ini KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah menerima mengadap Putera Mahkota Abu Dhabi di Istana Negara. Dalam Majlis ini Tuanku Mizan telah mengurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) (Kehormat ) yang membawa gelaran TUN kepada Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Malaysia dan Isteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Dari Istana Negara Sheikh Mohammed dan rombongan telah diiringi oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Tan Sri Noor Mohamed Yakcop untuk melawat Menara Berkembar Petronas. Rombongan berkenaan sampai ke mercu tanda Malaysia itu pada jam 11:00hrs dan menghabiskan masa selama satu jam meninjau kawasan Menara serta menaiki jejantas udara diaras 42 dan menikmati pemandangan Kuala Lumpur dari pelantar peninjau di aras 86. Putera Mahkota Abu Dabhi dan Rombongan telah diberikan jamuan tengahari sebelum bertolak ke Masjid Negara untuk menunaikan Solat Jumaat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.