Sunday, June 19, 2011

Pagi Nie dan Malam Tadi

19.06.2011, Ahad - Sekarang jam 11:41hrs dan Syah sorang-sorang di KL Residence jaga dua ekor budak hitam nie kerana Muss dan Cd hantar Uncle Shariff balik kampung di Lancang. Pagi nie lidah Syah rasa macam ada ulser dan tak buang air besar lagi plak. Jangan kena sembelit dahlah sebab malam tadi Syah makan lebih dan ambil nasi lagi. Malam tadi Uncle Shariff tidur di KL Residence sebab menghadiri kenduri kahwin di Kuala Lumpur. Sebelum balik Syah sempat salam Uncle Shariff bagi duit sket kat dia macam biasa. Pagi tadi chat dengan Kak Lang Ella di FB mengenai Majlis Merisik Hafiz petang nanti. Syah tak hadir majlis tu sebab atas sebab-sebab yang tak dapat nak di maklumkan. Tak perlah ............. biar mereka jer yang pergi kan coz Syah nie bukannya pentingpun. Breakfast pagi nie roti dan rendang kenduri orang kahwin semalam.

Kak Lang Ella dan Firdaus

Petang semalam Syah balik KL Residence dan masa keluar rumah nampak Kak Cik dan heran plak sebab Arip kata nak pergi kenduri kahwin di Muar. Mungkin Kak Cik dan Bak tak ikut, Mungkin Arip dan Azrin yang pergi jer kot sebab ada orang call phone Syah dan kata Abang Erin kita orang dah nak sampai. Dulu nombor phone Syah nie Azrin pakai dua atau tiga tahun lepas. Masa tunggu bas di Rawang Residence, Kak Lang Ella call inform yang da hendak ke KL dengan anak lelakinya Firdaus. Syah sampai KL hampir jam 17:15hrs kerana naik bas dan tak guna komuter. Sampai je Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Syah jumpa Kak Lang di Kamdar Jalan TAR. Kami sempat cari tudung Kak Lang untuk majlis hari ini dan kemudiannya Syah belanja Kak Lang Ella dan Firdaus makan di pasar malam Jalan TAR.

Syah makan Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah, Kak Lang Nasi Kukus Rendang Ayam dan Firdaus Nasi Beryani Rendang Ayam dan minum Air Kelapa dan Limau Nipis dengan harga RM24.00. Lepas makan Kak Lang bagi Syah RM10.00 nak topup bayaran tadi dan Syah kata tak payah. Dari pasar malam kami jalan ke Sogo kejap untuk temankan Kak Lang shopping sebelum Kak Lang balik semula ke Ampang. Malam tadi dia call cakap salah naik LRT dan sampai ke Bkt Jalil bukannya Ampang. Syah minta dia tanya staff LRT macam mana nak balik Ampang semula. Tulah orang jarang naik public transport kan..... sesat. Kak Lang park kereta di Stesyen LRT Ampang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.