Saturday, May 21, 2011

Sampai KL Residence

21.05.2011, Sabtu - Sekarang jam 19:23hrs dan Syah berada di KL Residence. Syah sampai jam 18:30hrs tadi dan hujan lebat gila dan Syah naik teksi dari Melati LRT Station. Sampai rumah macam tak ada orang, rupa-rupannya semua dalam bilik tidur coz hujan. Ingatkan Haziq dan Papanya ada datang tapi tak ada. Sampai jer Syah terus mandi kerana basan sedikit kena hujan dan kemudiannya solat Asar. Dalam teksi tadi nak gelakpun ada coz teksinya bocor dan masuk air tetapi sedikit sahaja.

Syah bertolak dari Rawang Residence approx jam 15:00hrs dan Syah naik bas ke KL coz hendak ke Pasar Malam. Sampai Jalan Tuanku Abdul Rahman Syah singgah ke Houz Depot sebab nak buang air kecil. Dalam toilet Syah pakai pelembab mata (untuk mata kering) dan kebetulan ada staff Houxe dalam toilet tu dan dia kata nak tolong ker? Syah jawap tak per dah biasa pakai. Dari Houz ke Pasar Malam dan jumpa Azrin dan Syah cuit dia. Syah nampak dia dengan Arep dan Che Wan. Katannya nak beli kain. Just say hai jer adalah 2 minit sembang kot.

Ingatkan nak makan Laksa tapi hari nak hujan So Syah beli Ayam Goreng Uncle Bob jer dan makan sambil jalan menuju Stesyen LRT Masjid Jame. Rasa nak muntah plak makan ayam tu. Dari Masjid Jame LRT Station Syah beli ticket ke Taman Melati untuk balik ke KL Residence. Oklah sudah hampir Maghrib nie dan hujan pun sudah berhenti. Rasa nak demam pun ada nie. GTG dan jumpa lagi dilain Entry..................................

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.