Wednesday, May 18, 2011

Raja Perlis Saran Tanam Mempelam Harumanis Beramai-Ramai Untuk Dicatatkan Dalam Malaysian Books of Record

Mempelam Harumanis Yang Banyak Ditanam di Perlis dan terkenal seluruh Malaysia walaupun iannya ada juga ditanam di negeri-negeri lain ia tetap popular di Perlis dan menjadi daya tarikan pelancong. Rasannya Manis dan Lemak tetapi yang bestnya mempelam nie tak ada yang masam. Jom kita cari sekarang juga.......


Malam tadi telah diadakan majlis santapan negeri di perkarangan Istana Arau sempena hari keputeraan Raja Perlis yang ke 68 tahun. Dalam titah baginda, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin menyarankan agar diadakan program menanam mempelam Harumanis beramai-ramai untuk dicatatkan dalam Malaysia Books of Records (MBR) sebagai menanam mempelam Harumanis terbanyak di Malaysia. Baginda memaklumkan bahawa pada tahun ini terdapat dua kegiatan di Perlis telah dicatat dalam MBR iaitu Persembahan kek terbanyak dan menumbuk sambal belacan terbanyak.

Pada bulan Mac lepas, seramai 1200 orang penduduk telah berkampung di Kampung Banir Tembus sempena Festival D’Bendang untuk menumbuk sambal belacan dan telah direkodkan dalam MBR sebagai menumbuk sambal belacan terbanyak di Malaysia. Manakala pada 16.05.2011 telah diadakan pula persebahan kek kepada baginda sempena hari keputeraan baginda bertempat di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis. Sebanyak 1,168 biji kek harijadi telah dipersembahkan kepada baginda dan telah direkodkan sebagai persembahan kek terbanyak sempena hari keputeraan.

Kegiatan seumpama ini secara tidak langsung akan memperkenalkan kehebatan Perlis, namun baginda berharap agar kegiatan yang lebih berimpak besar dapat dianjurkan. Dengan menanam mangga harumanis secara serentak, iannya akan memberi manfaat terutamannya bagi meningkatkan pengeluaran komoditi berkenaan disamping iannya boleh dinikmati oleh rakyat.

Harumanis memang terkenal dan menjadi salah satu daya tarikan utama pelancung untuk berkunjung ke Perlis. Iannya hanya boleh didapati sekali dalam setahun iaitu sekitar bulam Mei 2011.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.