22.05.2011, Ahad - Sekarang jam 16:37hrs dan Syah baru sahaja sampai ke Rawang Residence jam 16:20hrs tadi. Syah bertolak dari KL Residence Jam 12:00hrs dan sekarang baru sampai. Lebih empat jam perjalanan kerana Transport lambat. Dari KL Residence Muss hantar Cd ke 7E Danau Kota dan kemudiannya Syah ke Melati LRT Station sebelum dia meneruskan perjalanan ke Kuantan bersorangan. Syah siap pesan hati-hati kerana dia suka tidur. Risau juga sebab dia pergi seorang biasannya dengan kawan. Dari Melati ingatkan hendak ke Midvalley dan Syah beli tiket ke Bangsar.
On the way rasa malas pula dan lebih baik Syah balik terus ke Rawang. Syah turun di KL Sentral dan singgah 7E beli Panadol Soluble kerana tiba-tiba skit kepala. Dalam LRT makan roti kaya tadi. Lepas tu ke toilet dan ada dengar announcement Komuter di Rawang akan sampai. Terus Syah masuk Stesyen tetapi train dah jalan. Syah tunggu next train tetapi bukan ke Rawang tetapi ke Sungai Buluh. Dari Sungai ke toilet sekejap dan tunggu train ke Rawang. Dari Sungai Buluh Syah ke Rawang dan sampai jam 15:00hrs.
Bas ke Rawang Residence sampai jam 15:30hrs tetapi hampir jam 16:50 baru dia jalan. Basah kuyup Syah dalam bas tunggu lama sangat gerak. Tiba-tiba hari ini bas ke Rawang Residence Syah ada nombor iaitu No.88. Heheheh............. Adoi letih dibuatnya perjalanan hari ini. Sampai rumah Syah call Muss dan dia inform sudah selamat sampai ke Kuantan, Lepas tu call Ayahanda dan My Bonda Zawiyah jawap kerana Ayahanda ke surau. Syah call kerana ada miss call dari Ayahanda tetapi semalam Syah terlupa bawa handphone ke KL Residence. Ok lah sebentar tadi dengar Azan Asar dan Syah nak solat dulu yer semua dan lepas tu nak rehat sekejap sambil menonton TV. Sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.