Kelihatan Raja Perlis berbual dengan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zainah yang mengadap Tuanku Raja Perlis selepas Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran di Istana Arau - Gambar dari Bernama
17.05.2011, Selasa - Hari ini Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah berkenan menyampaikan darjah kebesaran dan pingat kepada 30 orang penerima sempena sambutan hari keputeraan baginda yang ke 68. Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Kebesaran diadakan di Istana Arau ini turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis.
Dalam titahnya bagida mahukan projek-projek berimpak tinggi disegerakan demi kepentingan rakyat terutamanya projek manaik taraf empangan Timah Tasoh, Taman Teknologi Tinggi Pauh Putra, naik taraf jeti Kuala Perlis dan peningkatan kemudahan pelancongan Kuala Perlis. Baginda yakin projek-projek berkenaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh kerajaan negeri. Dalam masa yang sama, baginda mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat yang meluluskan peruntukan berjumlah RM2.85 bilion bagi melaksanakan 135 projek dibawah pelan pusingan pertama Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu dalam ucapannya mewakali rakyat memaklumkan bahawa kerajaan negeri sentiasa berusaha menarik pelabur asing melabur di Perlis terutamanya dalam industri berteknologi tinggi dan bioteknologi. katanya lagi kerajaan negeri telah mengemukakan sebanayak 21 cadangan projek kepada kerajaan pusat yang bernilai RM1.3 billion bagi pelan pusingan kedua RMK-10. Projek ini termasuklah projek tebatan banjir bernilai RM296 Juta, pelabuhan perikanan bertaraf antarabangsa bernilai RM250 juta dan kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantina Wang Kelian bernilai RM26.25 juta.
DYTM Raja Muda Perlis pula dalam titahnya mewakili Kerabat Diraja Perlis menyembahkan ucap taat setia dan yakin Perlis akan berubah wajah selaras dengan perlaksanaan strategi pembangunan yang berinovasi dan lestasi, dinamik, agresif, berintegriti dan berfokus melalui hubungan rapat kerajaan negeri dan persekutuan. Baginda yakin, dengan adanya sokongan rakyat terhadap usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri, Perlis akan lebih maju serta gemilang dan berdaya saing.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.