Friday, May 20, 2011

Fisioterapi Syah

20.05.2011, Jumaat - Selepas solat Jumaat tadi Syah naik ke office untuk makan meehon goreng yang Syah beli pagi tadi yang tak dimakan lagi coz Syah beli meehon tu tetapi makan lontong pula pagi tadi. Lepas makan Syah kemas barang-barang dan bertolak ke kelinik untuk buat fisio. Beginilah salah satu aktiviti fizikal semasa sesi fisioterapi yang Syah lakukan. Penat juga tetapi terpaksa buat coz hendak sihat. Yang dibawah tu Bun, Fisio yang attend Syah untuk sesi fisioterapi ini. Dia banyak membantu Syah menangani masalah yang Syah hadapi.

Shukur Alhamdulillah keadaan lutut Syah semakin pulih tetapi ada masa-masanya terasa sakit bila berjalan. Bun nasihatkan Syah supaya Syah tidak berjalan tanpa henti lebih daripada 15 minit. Bab naik tangga kena perlahan dan tak macam biasa kerana masih terasa sakitnya kalau Syah turun/naik tangga macam biasa. Solatpun Syah masih menggunakan kerusi kerana bila duduk antara dua sujud dan nak bangun ada terasa sedikit. So Syah tak boleh paksa pergerakan Syah macam biasa takut nanti keadaan bertambah buruk dan lambat sembuh.

Bun inform, bila berjalan sakit, dia minta Syah berhenti seketika dan jangan paksa jalan juga. Apa-apapun keseluruhannya Insyallah ia semakin pulih. Doakan Syah sembuh yer kawan-kawan semua.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.