22.05.2011, Ahad - Pagi tadi selepas mengziarahi kubur Mahyun Ismail di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Syah ke Pasar Tani Danau Kota. Syah beli sarapan untuk pagi ini. Hari Tapaw jer tak masak coz jam 12:00hrs nanti Muss nak keluar outstation ke Kuantan, Pahang. Tapaw tu maksudnya bungkus dalam bahasa Cina, dulu banyak kawan cina so dah biasa dengan ayat tu. Untuk breakfast pagi nie Syah beli Tau Foo Fa, Murtabak Ayam, Lepat Pisang, Soyabean Panas, Nasi Lemak Ayam + Sotong untuk Cd, Nasi Lemak Sotong + Telur Mata untuk Muss tetapi yang dibaginya Nasi Lemak Sotong campur telur rebus biasa tu - Salah dengarlah Mak Cik tu agaknya atau Syah yang salah cakap.
Syah juga beli sebungkus nasi extra untuk mereka berdua. Untuk Syah pula Syah actually nak beli meehon goreng tetapi ternampak pula laksa. Kan semalam nak makan laksa tapi tak jadi, terus Syah beli laksa tu. Pagi nie makan Laksa. Selepas beli barang-barang tu Syah terus balik rumah dan kami makan sama-sama di dapur. By the way masa nak makan tadi tiba-tiba bekalan air pula tak ada, so terpaksa jimatkan penggunaan air tangki. Untung Syah sudah mandi pagi tadi. Mungkin ada catuan kot? Makan Semua ...............................
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.