07.04.2011, Khamis - Hari ini Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Yuanku Munawir telah berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (D.K.) kepada Al-Sultan Kelantan KDYMM Sultan Muhammad Ke-V. Istiadat penganugerahan ini disempurnakan di Istana Besar Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Turut berangkat sama dalam istiadat ini adalah Putera Kedua Tuanku Muhriz, Tunku Zain Al-Abidin, Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hasan serta Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan, Dato' Aiseri Alias dan Dato' Mat Ali Hassan.
Tahniah Kepada KDYMM Sultan Muhamad Ke-V di atas anugerah Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (D.K. Negeri Sembilan).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.