19.04.2011, Selasa - Pagi nie dari Rawang Residence ke Pekan Rawang jalan agak jam sedikit exspecially area sekolah sebab ada bas sekolah yang panjang bagak menghalang perjalanan kami. Sampai KTM Rawang ada announcement komuter Rawang - Bangi akan bertolak sebentar lagi tetapi Syah tak kejar train tu macam biasa kerana dia berada di platform 2 yang terpaksa menggunakan jejantas. Standard lah semenjak dua menjak lutut sakit nie kan? Kesian ada jiran satu taman Syah tu Syah tengok dia berlari naik tangga dan bila sampai dihujung tangga di platform 2 train tu jalan dan terpaksa dia patah balik ke platform satu.
Kira terlepas train jam 07:15hrs dan nampak gayanya naik train jam 07:30hrs kerana beri laluan pada train ETS Ipoh - KL Sentral yang kami semua dilarang menggunakannya kecuali membeli tiket ETS yang mahal itew, walau bagaimanapun Shuttle Ipoh - KL Sentral kami dibenarkan naik. Dulu ada juga isu mereka tidak benarkan kami naik tapi entah macam mana dibenarkan semula menggunakan perkhidmatan Shuttle berkenaan. Syah sampai office lambat dua atau tiga minit kerana masuk jer Menara TM Doa pagi sudah berkumandang menandakan sudah jam 08:30hrs. Ok Semua, Sehingga Berjumpa Lagi Dilain Entry .......................
abg atan, jgn lupe jd follower diba k.! =)
ReplyDelete