Thursday, April 14, 2011

Tak Jadi Buah Dragon Tuna Sandwich Jadi Habuan

22.04.2011, Jumaat - Malam nie ingatkan nak makan buah jer dan Syahpun ambil Dragon Fruit yang ada dalam petisejuk. Buah tu dah lama dan Syah nampak ada bahagian yang bonyok (rosak dan lembik) Syah buang bahagian tu dan makan. habis separuh dan bila nak makan separuh lagi macam ada rasa lain jer. macam mana yek nak bagitau rasanya ... hemmmmmmmmmmmm rasa macam hapakpun ada dan macam bau racun semutpun ada teapi Syah makan juga tetapi rasa tak sedap hati pula lalu Syah buang. Harap-harap taklah sakit perut nanti.

Kena makan sebab nak makan ubat sakit tekak Syah. So Syah buka petisejuk dan keluarkan tomato, salad, tuna mayo (less fat) dan wholemil bread. Apa lagi macam biasa buat Three Layer Tuna Sandwich. Ingat hendak buat Horic O Panas tetapi memandangkan malas nak masak air atau panaskan air dalam microwave Syah minum mineral water jer. Sekarang jam 20:50hrs dan dah selesaipun dinner dan makan ubat. Jap lagi nak solat lepas tu jemur kain yang sedang dicuci oleh mesin basuh Syah itew. banyak lagi pakaian yang kena habuk di KL Residence untuk Syah basuh. Buat slow-slow ........... lama lama habislah tue.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.