24.04.2011, Ahad - Hari nie Syah gunting rambut kerana rambut Syah rasa panjang dan juga sempena birthday Syah saja nak buat sesuatu yang baru. Dari KTM Rawang Syah turun di KL Sentral. On the way ke KL Sentral Tunku Shah call inform ada book fair di PWTC dan dia hendak kesana jam tiga dan ajak Syah sekali dan Syah kata Insyallah. Sampai KL Sentral Syah terus ke E-Go Hair & Beauty Salon di 7A, Level 1, KL Sentral. Bulan lepas Syah gunting disini dan macam selesa dengan tukang gunting tu walaupun staff lainnya yang ado jer. Tapi yang penting Syah nak gunting rambut orang lain Syah tak kisah.
Syah dan Tunku Shah di PWTC Book Fair. Thanx Shah kerana ucapkan Happy Birthday dengan menyanyi lagi dalam phone. Heheheheh........ thanx Bro
Lepas gunting Syah naik LRT ke Stesyen Masjid Jame dan kemudiannya naik LRT Star ke PWTC. Pusing-pusing ingatkan hendak cari Kelab Nutrisi tapi tak jumpa pula dan Syah ke food court tetapi biasalah waktu lunch penuh. Lalu Syah ke McD jer dan tawpau tetapi bila nak keluar nampak ada meja kosong dan Syah makan disitu. Lepas tu Syah ke PWTC pusing-pusing tengok buku. Mahal betul semua buku-buku mengenai raja-raja semuanya beratus-ratus sampai RM450.00pun ada. jam 15:00hrs Syah jumpa Tunku Shah dan ronda-ronda kat pameran dan Tunku Shah beli novel dan selepas tu dia ada perjumpaan dengan penulis novel tu serta member-member facebbok. Dia invite Syah sekali tetapi Syah nak cepat coz balik Rawang.
Jam 18:00hrs Syah naik bas ke Rawang dan Syah beli meehon goreng dan makan dalam bas. Sampai Rawang Azrin call tanya nak ikut ke pasar malam Country Homes dan Syah inform Syah baru sampai bandar Rawang. Kalau nak ikut dia minta Syah tunggu depan sekolah, mana sempat nak tunggu bas lagi dah lah lambat dan nak jalan kaki lutut Syah sakit, so Syah inform tak ikut jer ngan Azrin. Azrin tanya hendak kirim apa dan syah kata tak. Syah sampai rumah jam 20:10hrs dan call Azrin dan tanya dia dimana tetapi Arip yang jawap dan kata masih di pasar malam dan Syah kirim laksa. Selepas solat dan masa Syah menonton TV Arip panggil dan beri laksa dan bila nak bayar dia kata tak perlu. Arip, Azrin dan Kak Cik ucapkan Happy Birthday kepada Syah.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.